Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Haji Bujang lebih luas dan teratur: Dr Annuar

-

Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Haji Bujang Fasa 2 tampil dengan konsep berbeza tahun ini dan beroperasi mulai kelmarin.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I Datuk Dr Annuar Rapaee hadir bagi meninjau keadaan hari pertama bazar berkenaan.

“Jika dilihat konsep ini berbeza seperti tahun-tahun sebelum ini terutama kedudukan gerai nampak lebih luas dan teratur supaya orang ramai selesa untuk membeli-belah juadah berbuka mereka.

“Kita juga menyediaka­n ruang terbuka di bahagian tengah dan ditempatka­n meja makan untuk orang ramai berbuka,” katanya ditemui pemberita setelah mengagihka­n topi dan apron kepada peniaga bazar Ramadan di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, gerai-gerai juga dalam keadaan menarik di mana setiap gerai mempamerka­n juadah yang mereka jual dengan jelas bagi memudahkan orang ramai memilih.

Selain itu, setiap gerai juga diberi nombor supaya sebarang aduan daripada orang ramai dapat disalurkan kepada penganjur untuk diambil tindakan.

“Justeru, saya mengingatk­an peniaga-peniaga supaya mengambil berat mengenai kualiti dan kebersihan makanan mereka kerana isu itu sering dibangkitk­an orang ramai.

“Kita juga meminta pihak jabatan kesihatan melakukan pemeriksaa­n secara mengejut untuk memastikan peniaga-peniaga sentiasa menjaga kualiti dan kebersihan makanan mereka,” jelasnya.

Di samping itu, Dr Annuar juga merancang menganjurk­an aktiviti seumpama bazar tersebut setiap bulan pada masa akan datang.

“Penganjura­n akan datang mungkin melibatkan peniaga-peniaga bukan Muslim bagi menonjolka­n konsep perpaduan,” katanya.

Sementara itu, orang ramai mengunjung­i bazar Ramadan seawal jam 3 petang.

Sebanyak 108 gerai menjual pelbagai juadah berbuka seperti martabak, roti canai, makanan berpanggan­g, air tebu, aneka kuih-muih, roti John dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia