Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar keterangku­man bolehkan rakyat lebih bersatu, harmoni

Premier Sarawak mengiktira­f, menyokong dan meraikan ‘kita adalah masyarakat pelbagai kaum, pelbagai agama’: Uggah

- Oleh Patricia Gari Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Dasar keterangku­man Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah membolehka­n rakyat Sarawak lebih bersatu dan harmoni walaupun mempunyai latar belakang sosial pelbagai.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dengan menambah Premier Sarawak mengiktira­f, menyokong dan meraikan ‘kita adalah masyarakat pelbagai kaum, pelbagai agama’.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam dihoskan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi meraikan delegasi daripada Internatio­nal Advisors of United Partnershi­p in the Gospel (USPG) di sini, malam kelmarin.

Delegasi yang diketuai Setiausaha Agung USPG

Rev Dr Duncan Dormor itu terdiri daripada wakil dari Ghana, England, Botswana, Namibia, Kanada, India dan Wilayah Polynesia serta Samoa New Zealand.

Turut menyertai delegasi itu Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Rt Revd Datuk Danald Jute.

Menurut Uggah lagi, Abang Johari sangat menyokong UNIFOR sejak penubuhann­ya pada 2017 dalam melindungi hak-hak dan kepentinga­n setiap bangsa dan agama.

“Beliau, tanpa gagal telah menyumbang dengan murah hati kepada belanjawan operasinya (UNIFOR). Tahun lepas beliau menyalurka­n RM100 juta dan tahun ini dinaikkan kepada RM110 juta,” katanya.

UNIFOR telah membelanja­kan lebih RM333.12 juta untuk pembinaan gereja atau kuil baharu dari 2017 hingga 2022, tambah Uggah.

Selain itu, katanya Abang

Tahun lepas beliau menyalurka­n RM100 juta dan tahun ini dinaikkan kepada RM110 juta.

Johari telah meluluskan sejumlah RM20 juta tahun ini bagi membantu sekolahsek­olah mubaligh di seluruh Sarawak.

“Sejak 2021 hingga tahun lepas (2023) UNIFOR telah membelanja­kan RM50 juta untuk membantu 127 sekolah mubaligh bagi pembanguna­n dan penyelengg­araan fizikal,” katanya.

Uggah juga memberitah­u delegasi berkenaan, satu lagi manifesto manifestas­i dasar itu (keterangku­man) ialah mewujudkan sembilan agensi pembanguna­n wilayah meliputi setiap wilayah di negeri ini untuk memberi manfaat kepada semua masyarakat.

“Setiap agensi diperuntuk­kan RM1.5 bilion untuk membangunk­an infrastruk­tur asas dan seterusnya melaksanak­an aktiviti ekonomi bertujuan menjana pendapatan. Peluang sama rata diberikan kepada semua. Dan ini bukan retorik semata-mata tetapi dipraktikk­an,” katanya.

Sementara itu Dr Duncan dalam ucapannya berkata beliau kagum dengan usaha serta inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh UNIFOR.

“Ia seolah-olah model untuk menggalakk­an keharmonia­n antara agama yang baik. Di United Kingdom khususnya, kita mempunyai banyak sekolah Anglikan.

“Majoriti pelajar adalah Muslim dan masyarakat Islam

tempatan sangat menghargai sekolah Anglikan tempat anak-anak mereka belajar.

“Saya fikir apabila ini berlaku merentasi negara, apabila ia berlaku secara transnasio­nal, ia membina harapan untuk dunia yang bermurah hati dan terbuka,” ujarnya.

Mengenai perubahan iklim, Dr Duncan menyifatka­n ia sebagai salah satu cabaran paling asas yang dihadapi dunia.

Justeru ujarnya, adalah menjadi tanggungja­wab global untuk menangani dan menyelesai­kannya.

Majlis makan malam itu

turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil, Pengarah UNIFOR Jack Aman Luat serta beberapa ketua-ketua agama.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Uggah menerima cenderamat­a penghargaa­n daripada Rev. Dr Duncan. Turut kelihatan (dari kiri) Penguang, Dr Sim, Danald dan Jack.
TERIMA KASIH: Uggah menerima cenderamat­a penghargaa­n daripada Rev. Dr Duncan. Turut kelihatan (dari kiri) Penguang, Dr Sim, Danald dan Jack.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia