Utusan Borneo (Sarawak)

5,799 asnaf terima bantuan daripada TBS

Bantuan berkenaan secara keseluruha­n berjumlah RM1.4 juta daripada peruntukan TBS: Abang Shibli

- Oleh Jessica Jawing Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie Pengurus Besar TBS

KUCHING: Seramai 5,799 orang asnaf di seluruh negeri menerima bantuan daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata bantuan berkenaan secara keseluruha­n berjumlah RM1.4 juta daripada peruntukan TBS.

“Jadi ini adalah daripada peruntukan yang kita ada.

“Sebab kalau kita lihat (zakat) fitrah yang dikutip itu memang untuk memudahkan para asnaf menyambut Aidilfitri dan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Majma Raya Fest 2024 yang disempurna­kan isteri Premier Sarawak Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang di Centre Court Majma Mall di sini, semalam.

Abang Mohd Shibli berkata TBS menyasarka­n kutipan RM6.4 juta bagi zakat fitrah pada tahun ini.

Beliau berkata TBS menetapkan kadar zakat fitrah RM7.50 seorang iaitu peningkata­n daripada RM7 sebelumnya.

“Sasaran kutipan untuk zakat fitrah RM6.4 juta kerana kadar zakat fitrah sudah naik daripada RM7 kepada RM7.50.

“Ia naik sebanyak 50 sen dan kalau semua membayar ia memang (jumlah) besar. Bagaimanap­un kesedaran untuk membayar zakat fitrah ini amat memuaskan,” katanya.

Mengenai Majma Raya Fest yang diadakan, beliau berkata ia adalah satu kemudahan untuk mereka yang biasa berdagang.

Jelasnya malahan ada antara mereka baru mula mencebur diri, sebagai satu platform untuk belajar mencari rezeki.

“Ramai dalam kalangan mereka amat berpuas hati.

“Kita anjurkan sejak tahun 2018 dan kutipan mereka amat menggalakk­an,” katanya.

Sehubungan itu TBS kata beliau, bersyukur kerana ia merupakan cara bagi memastikan usahawan-usahawan dapat meneruskan mencari rezeki.

“Kami ada satu reruai oleh pihak kepimpinan Al Bait, mereka telah menyediaka­n satu daripada gerai di situ untuk mereka menjual biskut yang telah mereka pelajari daripada akademi latihan insan yang dianjurkan oleh Baitulmal,” kata Abang Mohd Shibli.

Hadir sama pada majlis isteri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha dan Timbalan Pengurus Besar TBS Bolhassan Iskandar Taibi.

Sebab kalau kita lihat (zakat) fitrah yang dikutip itu memang untuk memudahkan para asnaf menyambut Aidilfitri dan Ramadan.

 ?? ?? BANTUAN: Abang Mohd Shibli (dua kanan) bersama Misnu (belakang) menyaksika­n Juma’ani (empat kiri) menyampaik­an bantuan kepada asnaf untuk Ramadan.
BANTUAN: Abang Mohd Shibli (dua kanan) bersama Misnu (belakang) menyaksika­n Juma’ani (empat kiri) menyampaik­an bantuan kepada asnaf untuk Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia