Utusan Borneo (Sarawak)

Atasi segera kekosongan jawatan KMKK Cina di Sibu dan Kanowit

-

Pemimpin masyarakat Cina, Temenggung Dato Vincent Lau menggesa keperluan mendesak mengisi kekosongan jawatan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) Cina di Sibu dan Kanowit diatasi dengan kadar segera.

Menurutnya, peningkata­n bilangan penduduk dan kawasan perumahan di Sibu dan Kanowit mendorong beliau menyuaraka­n perkara itu.

Beliau turut menekankan pemimpin masyarakat memainkan peranan penting sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan, menghubung­kan keperluan masyarakat dengan dasar serta program kerajaan.

“Kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada rayuan dikemukaka­n untuk pelantikan semula KMKK agak ramai selepas tempoh perkhidmat­an mereka telah tamat.

“Terdapat juga KMKK Cina telah dilantik tetapi masih belum menerima surat pelantikan mereka,” katanya pada Mesyuarat Agung Persatuan Ketua Kaum Cina Bahagian Sibu dan Majlis Makan Malam di sini malam kelmarin.

Lau turut menyatakan tanggungja­wab KMKK memerlukan pengabdian dan kesediaan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Justeru, beliau mengajak KMKK yang dilantik mengabdika­n diri secara sepenuhnya, memahami garis panduan ditetapkan dan berusaha untuk terus meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran dalam melaksanak­an tugas.

“Selain itu, saya turut menasihati KMKK supaya memahami peranan mereka dalam membentuk nilai, misi dan visi persatuan.

“Saya yakin dengan kesinambun­gan usaha dan komitmen pemimpin, persatuan kita dapat terus berbakti dan memberi sumbangan positif kepada masyarakat khususnya kaum Cina,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap momentum positif dibina sebelum ini dapat diteruskan oleh pemimpin baru dilantik serta memanfaat peluang menyatukan usaha dan membawa kesan positif kepada masyarakat Sibu dan Kanowit.

“Kekosongan jawatan itu bukan hanya satu cabaran, tetapi peluang membentuk masa depan lebih baik bagi komuniti Cina di wilayah tersebut,” katanya.

Hadir sama Residen Bahagian Sibu Datu Wong Hee Sieng.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Lau (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wong pada majlis tersebut di Sibu malam kelmarin.
PENGHARGAA­N: Lau (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wong pada majlis tersebut di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia