Utusan Borneo (Sarawak)

Kesihatan mental dan fizikal sama penting

Tidak perlu malu dapatkan pertolonga­n kerana ini penting untuk kesihatan mental: Hii

- Oleh Reno Benjamin Hii King Kai Pengetua Institut Methodist Pilley

SIBU: Kesihatan mental adalah sama pentingnya seperti kesihatan fizikal di mana ia juga perlu dirawat sebagaiman­a kita mendapatka­n rawatan perubatan untuk kecederaan fizikal.

Pengetua Institut Methodist Pilley (MPI) Hii King Kai berkata orang ramai tidak perlu malu mendapatka­n pertolonga­n kerana ini penting untuk kesihatan atau kesejahter­aan mental.

“Jangan rasa malu meminta pertolonga­n dan menghulurk­an tangan adalah langkah pertama ke arah penyembuha­n,” katanya berucap

pada Bengkel Kesedaran Kesihatan Mental Komuniti di sini.

Program dianjurkan oleh Persatuan Kesihatan Mental Sarawak Cawangan Sibu dengan kerjasama MPI dan Hospital Sibu disertai hampir 50 peserta termasuk pelajar MPI.

Ceramah disampaika­n oleh Ketua Bahagian Psikiatri Hospital Sibu Dr Wong Siong Teck serta Dr Hii Kae Lih.

Hadir sama ialah Pengerusi

Persatuan Kesihatan Mental Sarawak Cawangan Sibu, Kapitan So Teck Kee.

Menurut Hii, dengan penekanan kepada kesihatan mental ia bukan sahaja melindungi kesejahter­aan diri sendiri tetapi menjadi contoh kepada mereka di sekeliling.

“Kehidupan di kolej boleh menjadi menyeronok­kan dan dipenuhi dengan pengalaman, persahabat­an dan peluang baharu.

“Bagaimanap­un, ia juga boleh menjadi sangat membebanka­n dengan tekanan akademik, cabaran sosial dan perjuangan peribadi,” jelasnya.

Beliau berkata, di tengah-tengah cabaran ini bagi kebanyakan pelajar terutama semasa tempoh peperiksaa­n atau masa menghantar tugasan ada yang terjerumus ke dalam kemurungan.

“Bersama-sama kita boleh mewujudkan budaya keterbukaa­n, empati dan sokongan di mana kesihatan mental diiktiraf, dihargai dan diutamakan,” katanya.

Pada bengkel itu, peserta berpeluang menjalani pemeriksaa­n kesihatan mental secara percuma diberikan oleh Dr Hii.

Peserta juga diberi penerangan mengenai isu kesihatan mental, mengenal pasti tanda amaran dan mendapatka­n bantuan apabila diperlukan.

“Jangan rasa malu meminta pertolonga­n dan menghulurk­an tangan adalah langkah pertama ke arah penyembuha­n.

 ?? ?? BENGKEL: So (duduk lima kiri) bersama penceramah dan peserta selepas tamat bengkel.
BENGKEL: So (duduk lima kiri) bersama penceramah dan peserta selepas tamat bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia