Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada petunjuk, operasi cari Japar James ditamatkan

Keputusan itu dibuat hasil perbincang­an bersama ahli keluarga serta agensi yang terlibat dalam SAR berkenaan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, JBPM Sarawak

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang dikenali sebagai Japar James Tedong, 17, ditamatkan kelmarin apabila gagal menemui sebarang petunjuk selepas lapan hari operasi dijalankan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincang­an bersama ahli keluarga serta agensi yang terlibat dalam SAR berkenaan.

“Hasil perbincang­an dengan ahli keluarga mangsa, pihak polis, Sarawak Coastguard serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, operasi ditamatkan buat sementara waktu.

“SAR akan disambung semula sekiranya terdapat tanda-tanda penemuan mangsa,” katanya kelmarin.

Remaja lelaki terbabit dikhuatiri lemas setelah tergelinci­r lalu terjatuh ke sungai di Kuala Baram pada 4 Mac lalu.

Pencarian pada hari kelapan pada Isnin dilakukan

dengan pencarian di atas permukaaan air menggunaka­n empat bot dengan jarak radius pencarian lima kilometer ke hulu dan ke hilir sungai dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

Pencarian turut dilakukan di sekitar muara sungai dan sungai-sungai kecil dalam radius 15 kilometer namun masih gagal menemui sebarang petunjuk.

Sementara satu lagi pasukan mencari di kawasan menggunaka­n pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan Kampung

Masjid Kuala Baram.

Mangsa dari Rumah Buan, Sungai Malang Tengah dilaporkan tergelinci­r selepas mandi di kawasan sebuah limbungan kapal di Kuala Baram pada 4 Mac lalu.

Maklumat awal daripada saksi yang memberitah­u bahawa mangsa telah tergelinci­r selepas mandi di sungai itu dan mangsa tidak memakai baju sebaliknya hanya berseluar pendek.

Turut hadir di lokasi pencarian ialah Ketua Balai Bomba dan Penyelemat Lutong Henry Jugah.

Hasil perbincang­an dengan ahli keluarga mangsa, pihak polis, Sarawak Coastguard serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, operasi ditamatkan buat sementara waktu.

 ?? ?? REDA: Ahli keluarga reda mendengar keputusan menghentik­an sementara waktu SAR mencari Japar James selepas gagal menemui sebarang petunjuk pada hari kelapan SAR dijalankan kelmarin.
REDA: Ahli keluarga reda mendengar keputusan menghentik­an sementara waktu SAR mencari Japar James selepas gagal menemui sebarang petunjuk pada hari kelapan SAR dijalankan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia