Utusan Borneo (Sarawak)

Tinggal di Sarawak melebihi tempoh sah, warga asing dipenjara lima bulan

-

MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan tinggal di negeri ini melebihi tempoh sah dibenarkan.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh supaya dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran setelah selesai menjalani hukuman penjara kelak.

Supardy, 52, dari Palopo, Indonesia telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut keterangan kes, tertuduh telah ditahan pada jam 8.40 pagi, 7 Mac lalu di sebuah pondok tidak bernombor di Jalan Tr. Sigi, Pekan Niah untuk tujuan pemeriksaa­n kerana dipercayai warga asing.

Hasil pemeriksaa­n mendapati tertuduh yang merupakan warga Indonesia masih tinggal di negeri ini setelah pas lawatan sosial yang dikeluarka­n kepadanya tamat tempoh sah.

Berikutan itu, tertuduh telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 7 Mac lalu.

Sementara dalam satu kes berasingan, mahkamah menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan lanjut kes tertuduh yang mengaku bersalah mencederak­an seorang lelaki warga emas.

Menurut keterangan kes, Supardy didapati dengan sengaja telah mendatangk­an kecederaan ke atas Foo Voi Kiong, 59.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.40 pagi, 7 Mac lalu di sebuah pasar raya di pekan Niah.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Koay Kok Ping memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk membolehka­n kes ini disebut lanjut di Mahkamah Majistret Batu Niah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia