Utusan Borneo (Sarawak)

Lori treler hilang kawalan, punca kemalangan maut

-

Lori treler hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentang­an dipercayai punca berlakunya kemalangan yang meragut nyawa dua pelancong asing di Kilometer 21 Jalan Semporna-Tawau di sini, pada Isnin.

Kemalangan itu membabitka­n tiga buah kenderaan iaitu treler, van pelancong dengan sebuah lori box, kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pelanggara­n berlaku disebabkan lori treler hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentang­an jalan sebelah kanan.

“Seterusnya berlanggar dengan van pelancong dari arah depan dengan muatan penumpang seramai lima warga Singapura, satu warga Vietnam berusia lingkungan 11 hingga 71 tahun.

“Akibat pelanggara­n itu, serpihan kemalangan terbang ke cermin hadapan lori box yang berada di belakang treler mengakibat cermin hadapan lori berkenaan pecah,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Mohd Farhan berkata, pemandu treler dan lori box terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.

“Dua penumpang van warga Singapura dan Vietnam berusia lingkungan 40 dan 60 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Empat lagi penumpang van pelancong warga Singapura parah dan dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berusia 29 tahun terbabit ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Kepada sesiapa yang ada sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh menghubung­i pegawai penyiasat trafik IPD Semporna Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021 dan Balai Polis Semporna di talian 089-782020 atau mana-mana balai polis berhampira­n.

 ?? ?? MAUT: Keadaan van pelancong selepas bertembung dengan lori treler terbabit.
MAUT: Keadaan van pelancong selepas bertembung dengan lori treler terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia