Utusan Borneo (Sarawak)

Mutang diberi sambutan hangat penuh penghormat­an

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Miri semalam disambut dengan tradisi suku kaum Lun Bawang

- Oleh Clare Cinderella Yang Dipertua Dewan Negara

MIRI: Ketibaan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal diberi sambutan hangat penuh penghormat­an dan tradisi suku kaum Lun Bawang di Lapangan Terbang Miri di sini semalam.

Ini merupakan kepulangan pertama kali beliau ke sini sejak dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara Ke-20 menggantik­an Yang di-Pertua Negeri Tun Wan Dr Junaidi Tuanku Jaafar yang menggalas jawatan tersebut sejak 19 Jun tahun lalu sebelum berakhir pada Januari tahun ini.

Beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 19 Februari tahun ini.

Sementara itu, beberapa kenamaan turut hadir menyambut ketibaan beliau termasuk Setiausaha Politik Premier Sarawak Sam Laya dan Pengerusi Persatuan Lun Bawang Sarawak Cawangan Bandaraya Miri Agong Upai serta kira-kira 70 ahli persatuan tersebut.

Mutang berketurun­an Lun Bawang dari Kampung Buduk Nur di Ba’Kelalan, mencipta sejarah sebagai pemimpin Dayak pertama dilantik memegang jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Bukit Mas dua penggal itu juga merupakan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI) dan Konsul Kehormat Romania, melahirkan rasa gembira beliau kerana menjadi yang pertama bagi kaum Lun Bawang dan masyarakat Dayak.

“Saya tidak menjangkak­an majlis sambutan seperti itu hari ini. Bulan ini adalah bulan amat sibuk kerana sejak berita mengejut ini tersebar, saya terpaksa menghadiri pelbagai jenis majlis rasmi diikuti dengan pembukaan Parlimen,” katanya.

Sementara itu, majlis makan malam kesyukuran dan penghargaa­n pelantikan­nya diadakan di sebuah kediaman persendiri­an di Miri malam kelmarin dihadiri ahli-ahli persatuan, sahabathan­dai dan saudara-mara.

Majlis sambutan serupa juga diadakan di Lawas dan Ba’Kelalan selepas Hari Raya Aidilfitri kerana Mutang perlu mempengeru­sikan Persidanga­n Parlimen dari 18 Mac hingga 4 April depan.

Saya tidak menjangkak­an majlis sambutan seperti itu hari ini. Bulan ini adalah bulan amat sibuk kerana sejak berita mengejut ini tersebar, saya terpaksa menghadiri pelbagai jenis majlis rasmi diikuti dengan pembukaan Parlimen.

Datuk Mutang Tagal

 ?? ?? TRADISI: Ketibaan Mutang di Lapangan Terbang Miri semalam diberi sambutan hangat dan penuh tradisi oleh ahli-ahli Persatuan Lun Bawang Sarawak.
TRADISI: Ketibaan Mutang di Lapangan Terbang Miri semalam diberi sambutan hangat dan penuh tradisi oleh ahli-ahli Persatuan Lun Bawang Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia