Utusan Borneo (Sarawak)

Kebajikan masyarakat di kawasan DUN Balai Ringin terus dipertingk­at

-

Kebajikan masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin terus dipertingk­atkan secara menyeluruh dengan pelbagai projek pembanguna­n dirancang di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan berkata perancanga­n itu termasuk menjadikan 96 kampung di kawasan itu tersenarai di bawah pentadbira­n Pejabat Daerah Kecil Balai Ringin.

Menurutnya, Pusat Pentadbira­n Daerah Kecil Balai Ringin juga dirancang dibangunka­n berdekatan dengan Stadium Mini dengan keluasan 10 ekar.

“Kita turut merancang pembinaan tebingan sungai atau ‘waterfront’ di sepanjang pekan Balai Ringin dengan anggaran peruntukan sejumlah RM55 juta.

“Dalam usaha ini saya meminta peruntukan daripada Kerajaan Sarawak untuk merealisas­ikan segala perancanga­n ini nanti,” katanya pada Program Randau Ruai anjuran Pusat Khidmat DUN Balai Ringin dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Ruan Lubang Ting di Rumah Bunan Bael, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin itu berkata pekan Balai Ringin turut dicadang dijadikan sebuah tempat pemasaran atau pusat komersil memasarkan hasil keluaran tempatan dan 40 gerai dijangka dibina.

Menurutnya, Pusat Perhentian Bas juga dicadang diwujudkan kerana berpotensi menarik kedatangan pelancong ke pekan itu di samping perancanga­n membina trek lumba sukan permotoran di sebelah Stadium Mini Balai Ringin.

Pada majlis tersebut, Snowdan meluluskan peruntukan RM10,000 kepada JKKK Kampung Ruan Lubang Ting bagi projek di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) manakala RM5,000 diberikan kepada Biro Wanita.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaik­an dua sijil pelantikan kepada tuai rumah disusuli sumbangan dana projek kecil luar bandar (MRP) kepada JKKK, Biro Wanita dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di DUN Balai Ringin.

Hadir sama pegawai di Kementeria­n Pengangkut­an Elvis Didit, Penguasa Pejabat Daerah Kecil Balai Ringin Mohd Adam Muslim, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Balai Ringin (Serian, Balai Ringin, Simunjan) Temenggung Datuk Harisson Lunsa, wakil PeJabat Daerah Pantu Patat Governer, Penghulu Lama Bungkol serta Tuai Rumah Bunan Bael.

 ?? ?? TAHNIAH: Snowdan (lima kiri) menyampaik­an sijil lantikan tuai rumah kepada salah seorang tuai rumah pada majlis tersebut.
TAHNIAH: Snowdan (lima kiri) menyampaik­an sijil lantikan tuai rumah kepada salah seorang tuai rumah pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia