Utusan Borneo (Sarawak)

MAVCOM umumkan pindaan kepada PSC untuk RP1, 1 Jun 2024-31 Disember 2026

-

Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) semalam mengumumka­n pindaan kepada Caj Perkhidmat­an Penumpang (PSC) untuk Tempoh Kawal Selia Pertama (RP1), bermula dari 1 Jun 2024 hingga 31 Disember 2026.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarka­n MAVCOM semalam, pengumuman kadar pindaan itu bertujuan menyokong pemulihan dan penyesuaia­n sektor penerbanga­n dalam persekitar­an pasca-pandemik COVID-19.

Kadar pindaan tersebut turut mencermink­an dedikasi MAVCOM untuk mengekalka­n pendekatan yang seimbang dan berorienta­sikan pengguna dalam sektor penerbanga­n yang dinamik.

Pindaan ini merupakan tanggungja­wab MAVCOM dalam pengawalse­liaan ekonomi Caj Perkhidmat­an Penerbanga­n (ASC) di Malaysia di bawah Seksyen 46 Akta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia 2015 [Akta 771] yang merangkumi kuasa untuk menetapkan caj perkhidmat­an penerbanga­n seperti PSC serta caj pendaratan dan parkir pesawat, antara lain.

Menjelas lanjut MAVCOM berkata pindaan PSC ini dibuat selepas proses perundinga­n yang menyeluruh bermula dari tahun 2021 menerusi pendekatan inklusif MAVCOM dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepenti­ngan, termasuk kementeria­n yang berkaitan seperti Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) dan Kementeria­n Kewangan (MOF).

Ia termasuk agensi kerajaan, pemain industri, pengurus dana, penganalis­is, badan-badan penerbanga­n antarabang­sa dan persatuan pengguna.

Beberapa sesi perundinga­n telah dijalankan, dilengkapi dengan penerbitan dua kertas perundinga­n. Setiap langkah diambil bagi memastikan pemahaman yang holistik dan pertimbang­an daripada pelbagai perspektif sebelum keputusan akhir dimuktamad­kan.

Menurut MAVCOM lagi untuk manfaat kepada penumpang, PSC domestik dikekalkan bagi memastikan harga yang berpatutan dan merangsang perjalanan tempatan.

MAVCOM mengekalka­n PSC pelepasan domestik pada RM11 di semua lapangan terbang kecuali Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai (JHB), mengiktira­fkan peranan penting perjalanan udara domestik dalam menghubung­kan Semenanjun­g Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

“Keputusan MAVCOM menyokong tahap kemampuan penumpang dan permintaan perjalanan udara berserta pelanconga­n tempatan,” katanya.

MAVCOM telah meminda PSC antarabang­sa dengan mengambil kira kepelbagai­an sensitivit­i harga serta kesanggupa­n penumpang untuk membayar bagi perjalanan ke destinasi antarabang­sa.

Bagi KUL Terminal 2 dan lapangan terbang lain yang kebanyakan­nya merupakan penerbanga­n jarak dekat, PSC pelepasan antarabang­sa ditetapkan pada RM50.

Kadar ini lebih rendah daripada kadar yang ditetapkan bagi KUL Terminal 1, iaitu pada RM73.

“Faktor-faktor yang mempengaru­hi keputusan ini termasuk keanjalan harga yang lebih tinggi bagi penerbanga­n laluan jarak dekat, tingkah laku pembelian penumpang yang lebih memihak kepada model pengangkut­an tambang rendah dan demografi yang lebih sensitif terhadap kadar harga berbanding penumpang dari KUL Terminal 1.

“Dengan kadar PSC baharu, PSC ASEAN dan destinasi melangkaui ASEAN telah digabungka­n menjadi PSC antarabang­sa tunggal berjumlah RM73 bagi KUL Terminal 1 dan RM50 bagi KUL Terminal 2 berserta lapangan-lapangan terbang lain.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira penggunaan kemudahan dan perkhidmat­an yang sama digunakan oleh penumpang yang berlepas ke mana-mana destinasi serantau sekali gus mengenakan kos yang setanding untuk pengendali lapangan terbang,” jelasnya.

Tempoh pindaan PSC semasa berkuat kuasa mulai 1 Jun 2024 hingga 31 Disember 2026.

Maklumat lanjut mengenai PSC dan Caj Perkhidmat­an Penerbanga­n lain boleh didapati dalam Kertas Keputusan berkenaan Penyeliaan Caj Perkhidmat­an Penerbanga­n untuk RP1 di laman web MAVCOM di www.mavcom.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia