Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya 2.8 peratus projek di peringkat pembinaan dikategori­kan projek sakit

-

Sebanyak 182 projek di bawah Kementeria­n Kerja Raya (KKR) dengan nilai RM4.63 bilion telah berjaya disiapkan tahun lepas, kata Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga daripada 730 projek yang dalam peringkat pembinaan, hanya 21 projek, atau 2.9 peratus daripada jumlah itu diklasifik­asikan sebagai projek sakit.

“JKR sentiasa memantau projek sakit ini dan mengambil langkah-langkah intervensi bagi menyelamat­kan projek-projek ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KKR di Dewan Rakyat semalam.

Sementara itu Nanta berkata KKR telah menerima

12,245 aduan berkaitan kerosakan jalan raya, lampu isyarat dan lampu jalan, papan tanda, perabot jalan, kemudahan

awam dan sebagainya melalui aplikasi MYJalan, namun daripada jumlah hanya 25.91 peratus atau 3,173 aduan membabitka­n jalan di bawah seliaan agensi KKR.

“Sebanyak 2,345 aduan telah diselesaik­an oleh agensi KKR dengan 2,193 atau 93.52 peratus selesai dalam tempoh satu hingga 30 hari. Manakala 828 aduan dalam proses tindakan,” katanya.

Selain itu Nanta berkata KKR menyasarka­n untuk menambah 79 lagi tempat teduhan bagi penunggang motosikal di lebuh raya pada tahun 2024.

“Ini menjadikan keseluruha­n 119 lokasi tempat berteduh penunggang motosikal baharu dibina di bawah inisiatif KKR, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi sepanjang tahun 2023-2024 di samping 353 tempat berteduh penunggang motosikal sedia ada di sepanjang lebuh raya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Nanta ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Parlimen Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Nanta ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Parlimen Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia