Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran DSA, NATSEC Asia 2024 bakal terima penyertaan terbesar dalam sejarah

- — Bernama

Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamata­n Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 dari 6 hingga 9 Mei depan bakal menerima penyertaan lebih 1,200 syarikat daripada 45 negara, terbesar dalam sejarah penganjura­nnya sejak 36 tahun lepas.

Pengarah Eksekutif DSA 2024 Nadzeem Abdul Rahman berkata sehingga kini 30 negara mengesahka­n penyertaan dalam pameran dwitahunan itu termasuk Amerika Syarikat, China, Australia, Brazil, Jerman, India, Perancis, Itali, Korea Selatan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom.

“Secara keseluruha­n Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 akan mencatat penyertaan lebih 1,200 syarikat dari 45 negara dengan memberi fokus kepada pembanguna­n industri tempatan dan kerjasama antarabang­sa.

“Penyertaan pempamer untuk tahun ini telah melepasi rekod Pameran DSA dan NATSEC Asia 2022 dan kami menyasarka­n ia melebihi 25 peratus berbanding edisi sebelum ini. Edisi kali ini juga akan menonjolka­n pelbagai strategi baharu dalam menghadapi cabaran keselamata­n semasa,” katanya kepada Bernama.

Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 edisi ke-18 dijadual berlangsun­g di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

Pada edisi ke-17, sebanyak 380 delegasi kenamaan daripada 40 negara serta 35,567 pelawat perdaganga­n menghadiri DSA dan NATSEC ASIA 2022 dengan penyertaan kira-kira 1,000 syarikat daripada negara pengeluar industri pertahanan utama dunia.

Nadzeem berkata Turkiye sekali lagi muncul sebagai kontinjen terbesar pada Pameran DSA dan NATSEC 2024 dengan hampir 70 syarikat daripada negara Mediterran­ean itu telah mengesahka­n penyertaan termasuk Aselsan, Canik, Dearsan Shipyard dan Turkish Aerospace Industries.

“Mereka akan mempamerka­n teknologi seperti sistem elektronik, simulator, sistem senjata dan peluru, sistem marin, platform penerbanga­n, sistem tanpa pemandu, sistem peluru berpandu dan platform kenderaan berperisai serta pelbagai lagi teknologi canggih,” katanya.

Beliau berkata edisi kali ini juga menyaksika­n peningkata­n penyertaan syarikat dari negara-negara seperti China, UAE, Itali dan Amerika Syarikat.

Nadzeem berkata penyertaan syarikat tempatan pula termasuk DEFTECH, Advanced Defence System, OpenApps, MILDEF, Sapura, Malvus Sense, Weststar Group, Nadi Corp, SME Ordnance, System Consultanc­y Services dan Mindmatics.

“Mereka akan menampilka­n kepakaran dalam bidang pembuatan, pembekalan, integrasi serta inovasi teknologi sistem pertahanan dan keselamata­n yang meliputi kenderaan berperisai; platform persenjata­an; Network Centric Operation (NCO); peluru; dron; pesawat tanpa pemandu (UAV); penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO); sistem radar dan komunikasi taktikal,” katanya.

Beliau berkata DSA dan NATSEC Asia 2024 dengan tema ‘Membina Ketahanan Negara untuk Generasi Masa Hadapan’ turut membincang­kan isu kritikal semasa dan mencadangk­an formulasi terbaik yang dapat menjamin kestabilan bagi generasi masa depan.

“Aspek pertahanan dan keselamata­n perlu dilihat sebagai satu pelaburan kerana negara yang melabur secara strategik akan menghasilk­an sebuah negara berkredibi­liti dalam menjaga kedaulatan­nya bagi memastikan rakyat hidup aman dan menikmati kemakmuran ekonomi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia