Utusan Borneo (Sarawak)

992 mangsa pemerdagan­gan manusia diselamatk­an sejak 2022: KDN

-

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa menahan 526 individu membabitka­n 280 kes pemerdagan­gan manusia dari 2022 hingga semalam, manakala 992 mangsa jenayah itu berjaya diselamatk­an, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Untuk tahun ini, sebanyak 38 kes pemerdagan­gan orang (dilaporkan), melibatkan 59 tangkapan direkodkan serta 141 orang diselamatk­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) dalam sesi soal jawal di Dewan Rakyat, berhubung jenayah pemerdagan­gan manusia dan usaha dilakukan oleh Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dalam menangani jenayah itu semalam.

Selain penguatkua­saan melalui Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 (Akta 670) yang dipinda pada 2022, pihaknya turut melakukan inisiatif kepada majikan syarikat untuk menyertai aku janji atau ikrar bersama kerajaan menangani aktiviti pemerdagan­gan manusia dan buruh paksa.

Shamsul Anuar berkata sebanyak 28 syarikat telah melaksanak­an insiatif terbabit, setakat ini.

“Selain itu, semua syarikat yang mendapat kontrak daripada KDN mesti melaksanak­an aku janji dan ikrar bebas buruh paksa ini,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan mempunyai kerjasama strategik dengan negara jiran melalui platform Asean, bagi mengetenga­hkan isu jenayah penipuan yang boleh mengundang aktiviti pemerdagan­gan manusia.

“Misalnya melalui mesyuarat Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) dan mesyuarat pegawai kanan sejak 2022.

“Isu itu (pemerdagan­gan manusia) menjadi agenda tetap bagi kedua-dua mesyuarat dan tentunya pertukaran maklumat dan data dapat dilakukan, selain meningkatk­an kerjasama selain Polis Diraja Malaysia dan diplomat negara Asean, badan bukan kerajaan, Interpol dan agensi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Shamshulka­har Mohd Deli (BN-Jempol) berhubung kerjasama dan komitmen kerajaan dan negara Asean mengenai sindiket penipuan pekerjaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia