Utusan Borneo (Sarawak)

Jemputan program sekolah perlu patuhi garis panduan

Tiada halangan untuk hadiri program, namun perlu patuhi garis panduan, dapat pengesahan, kebenaran KPM

- Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan — Bernama

PORT DICKSON: Sebarang jemputan untuk menyertai program atau aktiviti yang dianjurkan di sekolah melibatkan orang kenamaan termasuk ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mesti mematuhi garis panduan ditetapkan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata kementeria­n tiada halangan untuk sesiapa sahaja menghadiri program di institusi berkenaan, namun perlu mematuhi garis panduan tersebut selain mendapat pengesahan dan kebenaran daripada KPM.

“Saya tegaskan kembali, apa sahaja jemputan untuk pergi ke program sekolah, perlu patuhi garis panduan... jadi ada prosesnya, kena ikut la proses tersebut...KPM tiada halangan, kena semak sama ada garis panduan itu dipatuhi atau tidak. Kalau ia dipatuhi, kita tak ada masalah.

“Kita memang tegaskan berulang kali, iaitu mesti ada

kebenaran, mesti ada permohonan selain pihak yang nak jemput itu mesti mematuhi garis panduan itu,” katanya kepada pemberita selepas

lawatan kerja dan pembukaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sagga di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, yang mendakwa dihalang untuk hadir dan merasmikan program melibatkan pelajar di sekolah.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata semua pihak perlu memahami bahawa apabila membabitka­n sekolah, perkara yang paling diberikan keutamaan ialah aspek keselamata­n pelajar.

Terdahulu, dalam lawatan berkenaan Fadhlina turut meninjau pengoperas­ian sekolah berkenaan termasuk pembukaan blok bangunan baharu yang sudah mula digunakan awal bulan ini, yang mana ia sebelum ini tertangguh selama 10 tahun.

Justeru beliau berkata KPM tidak berkomprom­i kepada isu pembanguna­n sekolah yang mengalami kelewatan atau tertangguh, selain memastikan isu ketirisan membabitka­n perkara itu ditangani segera, sekali gus menjamin akses pendidikan kepada semua murid.

Fadhlina berkata ini kerana, walaupun penangguha­n pembanguna­n sekolah hanya berlaku kepada satu-satu sekolah sahaja, namun ia akan memberi impak yang sangat besar sehingga menyebabka­n anak-anak tidak mendapat akses pendidikan yang selayaknya.

“Anak-anak tidak wajar dipinggirk­an dalam apa jua keadaan dalam akses pendidikan...isu akses pendidikan ini juga kita tegaskan berulang kali dan perkara berkaitan pembanguna­n sekolah memang menjadi tumpuan utama KPM untuk diselesaik­an,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata peratusan enrolmen sekolah pada tahun ini meningkat pesat dengan sekolah rendah mencapai 98 hingga 99 peratus, manakala menengah 95 peratus selain KPM sedang membuat peluasan di semua sekolah kerajaan khususnya prasekolah.

Saya tegaskan kembali, apa sahaja jemputan untuk pergi ke program sekolah, perlu patuhi garis panduan... jadi ada prosesnya, kena ikut la proses tersebut...KPM tiada halangan, kena semak sama ada garis panduan itu dipatuhi atau tidak. Kalau ia dipatuhi, kita tak ada masalah.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Fadhlina beramah mesra dengan murid-murid semasa mengadakan lawatan kerja sempena pengoperas­ian sekolah sesi 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT) Ladang Sagga di Seremban semalam.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Fadhlina beramah mesra dengan murid-murid semasa mengadakan lawatan kerja sempena pengoperas­ian sekolah sesi 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT) Ladang Sagga di Seremban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia