Utusan Borneo (Sarawak)

Taiwan mesra pelancong Muslim, mudah dapatkan makanan halal

- Oleh Rusnan Mustafa

MESKIPUN Taiwan merupakan negara majoriti pendudukny­a bukan Islam, namun kemudahan dan tempat makanan tumpuan pelancongn­ya sangat mesra kepada masyarakat Muslim.

Malahan, negara yang mempunyai satu peratus pendudukny­a beragama Islam, akan tetapi ia memiliki sembilan masjid, 140 hospitalit­i, 230 restoran, 111 tempat yang menyediaka­n persekitar­an yang mesra Muslim.

Bagi merasai suasana ‘mesra Muslim’ di negara itu, Taiwan Tourism Administra­tion menganjurk­an Lawatan Media Muslim FAM ke negara tersebut.

Seramai 10 media dan pempengaru­h dari Semenanjun­g dan wartawan Utusan Borneo menyertai lawatan selama enam hari itu bagi mengunjung­i tempat-tempat yang dikhususka­n untuk pelancong Islam di negara tersebut.

PENGALAMAN

Lokasi pertama di bandar Kaohsiung, para media dan pempengaru­h dibawa merasai pengalaman dunia Kecerdasan Buatan (AI) di Kaohsiung i-Ride dan mengunjung­i Pesta Itik Belon Gergasi.

Selepas itu, rombongan dibawa menjamu selera di Restoran Indonesia di Kaohsiung yang merupakan antara restoran yang mempunyai sijil pengiktira­fan halal di negara itu.

Antara hidangan yang disediakan adalah ayam dan daging kari, ikan dan terung goreng, udang masak merah, sayur tauge, tempe dan satai yang disajikan ala-ala masakan Indonesia.

Pada hari kedua pula, para media dan pempengaru­h dibawa merasai kemudahan pengangkut­an awam Transit Aliran Ringan (LRT) di laluan Yanchengpu-Sizihwan dan kemudian menaiki feri sebelum singgah di Masjid Kaohsiung.

Untuk santapan tengah hari, rombongan dibawa ke Restoran Halal Kaohsiung yang menyajikan masakan berasaskan daging lembu.

Apa yang menarik di restoran ini, semua hidangan menggunaka­n daging lembu daripada yang berkuah hinggalah yang kering termasuk sayurannya.

Restoran ini juga menjadi tumpuan ramai untuk masyarakat bukan sahaja beragama Islam tetapi juga bukan beragama Islam untuk menikmati jamuan tengah hari.

Pada hari ketiga pula, para media dan pempengaru­h dibawa untuk menikmati masakan halal di restoran Private Chef Kitchen yang menyajikan hidangan Turki.

Di sini rombongan dapat merasai keunikan dan kelazatan masakan Turki yang disediakan oleh tukang masak berpengala­man.

Dari hidangan pembuka mulut hinggalah pencuci mulut, sememangny­a sesuatu yang baharu dirasai dengan penuh nikmat.

Pada sebelah malam pula, rombongan sekali lagi dibawa untuk menikmati masakan Indonesia di Restoran Mama Mia Resto, juga mempunyai pensijilan halal dari negara tersebut.

Pada hari keempat, rombongan media Malaysia berangkat ke Taipei menggunaka­n perkhidmat­an Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Taiwan (THSR) dan inilah pengalaman pertama penulis menaiki kereta api berkelajua­n tinggi itu.

Menariknya, pengguna THSR ini boleh menikmati penjimatan yang ditawarkan iaitu dua orang penumpang untuk harga seorang bagi penumpang antarabang­sa.

Tempoh harga istimewa itu ditawarkan sehingga 31 Mei 2024.

Selepas tiba di Taipei, rombongan dibawa untuk menikmati jamuan tengah hari di Restoran Halal Beef Noodle House dan kemudian singgah di kedai Pineapple Cake DIY Activity juga mempunyai persijilan halal.

Sebelah malam pula, para media dan pempengaru­h Malaysia dibawa untuk menikmati makanan piza di Restoran Gusto Pizza sebelum dibawa menikmati suasana malam di Pasar Malam Raohe.

Keesokan hari pula, rombongan media Malaysia dibawa untuk melihat keindahan alam semula jadi di Taman Negara Yangmingsh­an dan yang menariknya adalah Jam Bunga dan Musim Sakura di situ.

Selepas puas menikmati keindahan alam, rombongan dibawa ke Kunming Islamic Restaurant dan kemudian menerokai ‘Yuanshan West Secret Road Guided Tour’.

Pada hari terakhir di negara itu, media Malaysia dibawa merakam gambar kenangan di bangunan tertinggi Taipei 101 dan kemudian menjamu selera masakan India di Masala Art sebelum berangkat pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Taiwan.

KESIMPULAN

Bagi pelancong Muslim, salah satu perkara penting yang dititikber­atkan sewaktu melancong ke luar negara adalah kemudahan untuk mendapatka­n makanan halal.

Peluang untuk mengembara ke Taiwan bagi menerokai sendiri keindahan dan keunikan pulau ini dan semestinya, merasai variasi makanan halal mereka.

Kunjungan selama lima

hari ke negara itu satu pengalaman yang amat berharga untuk dikongsika­n kepada rakyat Malaysia.

Justeru, Taiwan memiliki banyak tawaran makanan halal atau ‘Muslim friendly’ untuk pengunjung­nya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? ENAK: Mi sup daging yang sentiasa laris di Restoran Halal Beef Noodle House.
ENAK: Mi sup daging yang sentiasa laris di Restoran Halal Beef Noodle House.
 ?? ?? LAIN: Hidangan piza di Restoran Gusto Pizza mempunyai rasa tersendiri.
LAIN: Hidangan piza di Restoran Gusto Pizza mempunyai rasa tersendiri.
 ?? ?? EMPUK: Masakan berasaskan daging lembu di Restoran Halal Kaohsiung.
EMPUK: Masakan berasaskan daging lembu di Restoran Halal Kaohsiung.
 ?? ?? ISTIMEWA: Kunming Islamic Restaurant antara lokasi popular pelancong muslim untuk singgah makan.
ISTIMEWA: Kunming Islamic Restaurant antara lokasi popular pelancong muslim untuk singgah makan.
 ?? ?? SEDAP: Hidangan masakan Indonesia di Restoran Indonesia di Kaohsiung.
SEDAP: Hidangan masakan Indonesia di Restoran Indonesia di Kaohsiung.
 ?? ?? TERBAIK: Para media dan pempengaru­h dari Malaysia yang dibawa dalam kunjungan itu.
TERBAIK: Para media dan pempengaru­h dari Malaysia yang dibawa dalam kunjungan itu.
 ?? ?? PENGALAMAN BAHARU: Antara juadah masakah Turki di Restoran Private Chef Kitchen.
PENGALAMAN BAHARU: Antara juadah masakah Turki di Restoran Private Chef Kitchen.
 ?? ?? MASAKAN INDIA: Masala Art juga mempunyai sijil halal.
MASAKAN INDIA: Masala Art juga mempunyai sijil halal.
 ?? ?? UNIK: Masakan Indonesia di Restoran Mama Mia Resto.
UNIK: Masakan Indonesia di Restoran Mama Mia Resto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia