Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah Industri Malaysia 2023 umum 22 pemenang

Majlis anjuran FIABCI cawangan Malaysia menobatkan Pengarah Eksekutif SDB pemenang Anugerah Tokoh Industri

- Oleh Harshini Anantha Rao

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Kumpulan Selangor Dredging Berhad (SDB) Cheng Heng Keng telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Tokoh Industri pada Anugerah Industri Malaysia 2023 di sini, barubaru ini.

Majlis penyampaia­n anugerah tersebut dianjurkan oleh Persatuan Hartanah Antarabang­sa (FIABCI) cawangan Malaysia dan dihadiri para elit hartanah Malaysia yang menyaksika­n individu dan projek yang memenangi anugerah.

Antara hadirin pada majlis tersebut ialah bekas Presiden Dunia FIABCI Dato’ Tong Kooi Chai, Pengerusi Jawatankua­sa dan Penasihat Kehormat FIABCI Malaysia Dr Tan Sri Dato’ Seri Yeoh Tiong Lay, Bendahari Kehormat Wong Siew Kuan,

Bendahari Dato’ Lau Mei Ying, bekas Presiden Dato’ Chua Say Eng, Setiausaha Agung Dato’ Ho May Lin dan Naib Pengerusi Dato’ Tan Sow Chong.

Terdapat 16 anugerah dalam 12 kategori, termasuk dua anugerah individu. Selain Anugerah Tokoh Industri Cheng Heng Keng, anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Industri diberikan kepada CEO PNB Merdeka Ventures Dato’ Afida Aziz.

Pemenang lain termasuk SkyAwani 3 Residences oleh SkyWorld Developmen­t Berhad dan Taman Nuri Sentosa oleh Sri Pengkalan Binaan Sdn Bhd untuk Anugerah Pembanguna­n Perumahan Mampu Milik.

Anugerah Pembanguna­n Hartanah Khusus diberikan kepada PETRONAS Leadership Centre oleh PETRONAS Management Training Sdn Bhd dan The Linc KL oleh PPB Property

Developmen­t Sdn Bhd.

Anugerah Pembanguna­n Hartanah Alam Sekitar dimenangi oleh Taman Puncak @Sepang (Summit Park) oleh Southville City Sdn Bhd dan Elmina Rainforest & Knowledge Centre oleh Sime Darby Property (City of Elmina) Sdn Bhd.

Untuk Anugerah Pembanguna­n Perumahan (Berkembar Tinggi), ia dikongsi oleh Parc3@KL South oleh Eupe Corporatio­n Berhad, Sunway Geolake Residences oleh Sunway Integrated Properties Sdn Bhd, dan The Estate oleh Bon Estates.

Anugerah Pembanguna­n Hartanah Warisan dimenangi oleh Eythrope Penang Hill oleh Saw Brothers Realty Sdn Bhd, dan Anugerah Pembanguna­n Hartanah Industri diberikan kepada Nouvelle Industrial Park@Kota Puteri oleh EXSIM.

Selain itu, Anugerah Pembanguna­n Perumahan

(Berkembar Rendah) dimenangi Hijayu 2 - Resort Homes oleh Matrix Concepts Holdings Berhad dan Saujana Duta oleh JJM Land Berhad. Tropicana Gardens oleh Tropicana Corporatio­n Berhad dan Star Developmen­t KLCC oleh Alpine Return Sdn Bhd keduaduany­a

meneriman Anugerah Pembanguna­n Hartanah Bersepadu.

Anugerah Pembanguna­n Hartanah Runcit dimenangi oleh 101 City Mall oleh 101 Properties Sdn Bhd dan Pavilion Bukit Jalil oleh Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd.

Anugerah Pembanguna­n

Hartanah Pejabat diraih Menara JLand oleh Johor Land Group dan Mercu Maybank oleh City Centrepoin­t Sdn Bhd. Anugerah Pembanguna­n Hartanah Lestari dimenangi oleh Menara KWSP @ Kwasa Damansara oleh Kwasa Utama Sdn Bhd.

Presiden Cawangan FIABCI

Malaysia Dato’ Faridah Mohd Ali dalam ucapan beliau semasa majlis tersebut, menekankan bahawa Anugerah Industri Malaysia mempunyai tahap kredibilit­i yang tinggi kerana proses penilaiann­ya yang teliti dan sangat dihormati dalam industri hartanah.

 ?? ?? TAHNIAH: (Dari kiri) Tan Sri Dato’ Koo Yee Lai, Afida, Tong, Faridah, Cheng dan para pemenang lain berdiri di atas pentas selepas menerima anugerah.
TAHNIAH: (Dari kiri) Tan Sri Dato’ Koo Yee Lai, Afida, Tong, Faridah, Cheng dan para pemenang lain berdiri di atas pentas selepas menerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia