Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua kultus Australia didakwa atas tuduhan cabul kanak-kanak baharu

-

Polis Australia kelmarin menahan dan mendakwa seorang ketua kultus terkenal dikenali sebagai “Little Pebble” kerana melatih seorang kanak-kanak ketika berada dalam penjara.

William Costellia Kamm, 73, dan pasanganny­a Sandra Costellia, 58, ditangkap selepas siasatan selama enam bulan, dan tidak dibenarkan untuk ikat jamin ketika hadir di mahkamah pada Selasa.

Costellia Kamm menubuhkan “Order of Saint Charbel” di pekan luar bandar Nowra pada tahun 1980-an dan berkhutbah tentang pesanan hari kiamat Kristian.

Dia sebelum ini menghabisk­an masa selama sembilan tahun dalam penjara kerana melakukan hubungan seks dengan dua gadis remaja sebelum diberikan parol pada November 2014.

Pihak polis menyatakan seorang perempuan berusia 19 tahun mendakwa pasangan itu telah melatihnya sejak dari usia enam tahun.

Budak perempuan itu “telah dinasihati oleh ketua agama dan pasanganny­a bahawa dia telah dipilih untuk beranak pinak dengan ketua agama itu bagi membentuk satu mazhab yang baharu”, kata Jayne Doherty, komander bagi skuad jenayah seks Polis New South Wales.

“Lelaki yang dituduh adalah seorang banduan di sebuah penjara dan memanfaatk­an pelbagai cara, seperti panggilan telefon dan surat, serta menggunaka­n tertuduh wanita sebagai rakan subahat dalam perkara tersebut untuk melatih budak perempuan itu, serta memberikan­nya hadiah dan arahan tertentu, dalam hubungan dengan latihan tersebut.”

Doherty menyatakan dakwaan adalah ‘dahsyat’, terutama disebabkan ia telah berlaku ketika tahun-tahun formatif bagi budak perempuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia