Utusan Borneo (Sarawak)

Lima peluncur salji ditemui mati, seorang hilang di Alps Swiss: Polis

-

SION: Lima daripada enam peluncur salji rentas desa yang hilang di Alps Swiss pada hujung minggu telah dijumpai mati, kata polis kelmarin, dengan pencarian masih diteruskan untuk orang yang terakhir.

Kumpulan peluncur, berusia 21 hingga 58 tahun dan termasuk lima anggota keluarga yang sama, meninggalk­an pekan pusat peranginan salji mewah Zermatt pada Sabtu dengan sasaran untuk pergi ke kampung kecil Arolla pada lewat hari tersebut, namun tidak pernah sampai.

Ketika kehadiran ribut, peluncur tersebut telah hilang di kawasan pergununga­n TeteBlanch­e, pada ketinggian lebih 3,500 meter (11,480 kaki) di atas paras laut.

Keadaan cuaca “sangat teruk”, dengan suhu beku dan risiko ketara bagi runtuhan salji, Christian Varone, ketua polis daerah Wallis, memberitah­u wartawan.

Seorang yang pergi untuk menjemput kumpulan itu di Arolla telah memaklumka­n pihak berkuasa sejurus selepas jam 4 petang waktu tempatan pada Sabtu.

lang berjaya menghubung­i perkhidmat­an menyelamat

menggunaka­n telefon bim- bit, membolehka­nnya untuk

mengesan di mana untuk mencari peluncur tersebut.

Varone berkata pekerja penyelamat telah singgah di semua perhentian untuk cuba sampai kepada mereka, namun keadaan cuaca teruk telah lama menghalang helikopter dan pasukan pakar terdiri daripada peluncur dan pendaki gunung dari sampai ke kawasan itu.

“Kami telah cuba melakukan perkara yang mustahil,” katanya, sambil menambah bahawa misi itu telah melakukan usahanya “hingga ke had yang sangat, sangat ekstrem”, namun terpaksa berpatah balik bagi mengelak “membahayak­an dengan serius nyawa pekerja penyelamat”.

“Kadangkala kamu hanya perlu tunduk kepada alam sekitar.”

Polis masih belum mendedahka­n identiti mangsa, hanya menyatakan lima anggota keluarga dari daerah Wallis dan orang keenam dari daerah Fribourg.

Pendakwa raya utama Wallis Beatrice Pilloud memberitah­u wartawan bahawa siasatan telah dilancarka­n bagi menentukan punca berkaitan dengan insiden tersebut.

 ?? — Gambar AFP ?? BERITA BURUK: Varone (tengah) menghadiri sidang media di Sion kelmarin selepas lima daripada enam peluncur salji rentas desa yang hilang di Alps Swiss pada hujung minggu telah dijumpai mati.
Sejam kemudian, seorang anggota kumpulan yang hi
— Gambar AFP BERITA BURUK: Varone (tengah) menghadiri sidang media di Sion kelmarin selepas lima daripada enam peluncur salji rentas desa yang hilang di Alps Swiss pada hujung minggu telah dijumpai mati. Sejam kemudian, seorang anggota kumpulan yang hi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia