Utusan Borneo (Sarawak)

Suasana suram selubungi sambutan Ramadan di Nablus

-

“Tiada sebarang hiasan apa lagi lagu-lagu riang. Aktiviti jual beli pun tiada langsung.

Suasana dan perasaan menyambut bulan suci Ramadan di pasar bandar Nablus (utara Tebing Barat) kali ini sangat suram,” luah seorang warganya Abdul Latif AlKharaz.

Bercerita kepada Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) Al-Kharaz berkata Ramadan tahun ini berbeza sama sekali dengan tahuntahun sebelumnya.

Beliau yang juga seorang penjaja di bandar lama Nablus selama bertahun-tahun berkata bulan Ramadan di bandar ini biasanya disambut dengan meriah dan istimewa kecuali tahun ini disebabkan penceroboh­an Israel tanpa henti ke atas Gaza sejak 7 Oktober lepas.

“Kebiasaann­ya sehari sebelum menjelang Ramadan, pasar-pasar di bandar ini akan sesak dengan pengunjung dan mereka mengambil masa yang lama untuk membeli barangan kerana pergerakan yang terbatas akibat terlampau sesak,” katanya.

Warga tempatan, Ummu Mustafa Abu Hatab yang merupakan pelanggan tetap di pasar tersebut, turut mengakui hakikat itu.

“Tahun ini menjadi tahun yang sangat suram terutama penduduk Gaza yang terpaksa berhempas-pulas bagi mendapatka­n sekeping roti untuk dimakan malah mungkin mereka terpaksa berpuasa sepanjang hari kerana tiada makanan,” katanya.

Rakyat Palestin berusaha mencari tawaran harga terendah untuk membeli barang keperluan ketika konflik ini selain mengehadka­n diri mereka untuk membeli barang yang diperlukan sahaja.

Seorang peniaga Alaa Saad El Din menggambar­kan keadaan yang dihadapi penduduk di sini ketika ini amat sukar dalam semua perkara dan keadaan.

“Biasanya kami melihat suasana yang sibuk di pasar Nablus sebulan sebelum tibanya Ramadan, tetapi pada tahun ini orang ramai hanya mula membeli barang keperluan mereka sejak dua hari lepas dan suasana amat berlainan berbanding tahuntahun sebelumnya”.

Jurucakap media Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Nablus, Yassin Dweikat berkata bulan Ramadan seharusnya menjadi bulan yang terbaik bagi peniaga dari segi jualan dan keuntungan terutama di bandar lama Nablus.

“Tetapi semuanya berubah pada tahun ini apabila keadaan ekonomi kami juga sangat memeritkan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.

“Hal ini diburukkan lagi dengan pencerobah­an berterusan Israel ke atas Semenanjun­g Gaza yang sudah berlarutan selama lebih lima bulan.

“Bandar Nablus juga kini dikeliling­i oleh 31 pusat pemeriksaa­n dan 14 pagar besi yang telah menghalang pergerakan penduduk bandar dan menjejaska­n hampir keseluruha­n ekonomi di sini,” katanya.

Menurutnya, rata-rata penduduk Palestin tidak mempunyai pekerjaan kerana majikan tidak mampu membayar gaji selain harta mereka juga disita oleh Zionis Israel kerana kononnya tidak membayar cukai.

“Oleh sebab itu mereka hanya mengehadka­n pembelian dan membeli barang yang mereka benar-benar perlu sahaja,” katanya.

Serangan berterusan Israel di Semenanjun­g Gaza sejak 7 Oktober lepas membunuh 31,112 rakyat Palestin dan mencederak­an 72,760 penduduk selain menyebabka­n kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia