Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan nafi tindas pelarian, warga asing di pusat tahanan

Kerajaan akan minta HRW tampil memberikan bukti dan penjelasan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan dalam laporan terbaharu Human Rights Watch (HRW) yang menyatakan kerajaan menindas kumpulan pelarian dan warga asing, dengan menempatka­n mereka di pusat tahanan yang penuh sesak serta kononnya melebihi kapasiti.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ketika ini terdapat 20 depoh imigresen di negara ini dengan kapasiti 20,650, namun sehingga 7 Mac jumlah mereka yang ditempatka­n di depoh ialah seramai 13,655 ataupun di bawah kapasiti maksimum.

“Laporan HRW tertolak dengan sendirinya. Biar angka berbicara, adakah sesak, jawapannya tidak. Berapa banyak kita belanja untuk uruskan 20 depoh ini, RM123 juta tahun lepas, makan saja RM83 juta kita belanja.

“Bila kita usir kita bayar duit feri dan kapal terbang, begitu sekali kita jaga, tapi HRW kata kita dera sampai kematian,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Beliau berkata warga Myanmar paling ramai direkodkan berada di depoh imigresen iaitu seramai 4,541, diikuti Indonesia (3,797), Filipina (2,914), Bangladesh (1,000), Thailand (329) dan negara-negara lain 1,054.

Saifudin berkata mereka yang ditahan di depoh imigresen terdiri daripada individu yang selesai menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan dan menunggu dokumen perjalanan dan mereka yang ditangkap di bawah pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan akta pasport.

“Ada juga pemegang kad UNHCR, tetapi mereka terdiri daripada mereka yang melakukan kesalahan undang-undang, kes dadah, rogol bunuh, kes curi nadir bumi di Sik, Kedah pun ada,” katanya dan menambah, seramai 41,658 telah dihantar balik ke negara masing-masing pada tahun lepas.

Saifudin berkata ekoran

laporan HRW ini, Jawatankua­sa Khas Parlimen (PSC) telah memanggil KDN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bagi memberikan keterangan.

Bagaimanap­un beliau difahamkan dalam keterangan berkenaan, HRW yang diminta untuk memberikan pembuktian bagi setiap dakwaan mereka seperti lokasi kem di mana kematian dan penindasan berlaku, tidak dapat berbuat demikian.

“Satu cebis bukti pun tidak dapat mereka kemukakan, tapi laporan telah mereka (HRW) syarah satu dunia,” katanya.

Sehubungan itu Saifuddin

Nasution berkata pihaknya juga akan mengutus surat bagi meminta HRW tampil memberikan bukti dan penjelasan berhubung dakwaan yang disifatkan sangat tidak bertanggun­gjawab tersebut.

Pada masa yang sama, beliau turut menzahirka­n penghargaa­n kepada PSC kerana memberikan peluang kepada Jabatan Imigresen untuk membuat pematahan.

“Kami akan memberikan kerjasama, dengan harapan versi yang lebih berwibawa daripada kami ini akan dapat diuar-uarkan, bagi meneutralk­an semua tuduhan ini,” katanya. — Bernama

“Satu cebis bukti pun tidak dapat mereka kemukakan, tapi laporan telah mereka (HRW) ” syarah satu dunia. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Menteri Dalam Negeri

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB PERSOALAN: Saifuddin ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama JAWAB PERSOALAN: Saifuddin ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia