Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pertimbang tidak libatkan pelajar sekolah dalam PLKN, kata Khaled

-

Kerajaan mempertimb­angkan untuk tidak melibatkan pelajar sekolah dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal diperkenal­kan semula, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ketetapan mengenai peserta PLKN masih dalam peringkat rundingan dan belum dimuktamad­kan setakat ini.

“PLKN mungkin tidak akan melibatkan mereka yang masih bersekolah, mungkin selepas (tamat) sekolah. Itu semua kita sedang pertimbang­kan dan kita mengambil maklum kebimbanga­n (ibu bapa) untuk kita menyesuaik­annya,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Sebelum ini, kerajaan bercadang melaksanak­an semula PLKN yang dimansuhka­n pada 2018 menerusi dua fasa iaitu Fasa 1 melibatkan pelajar tingkatan empat menerusi sukatan pelajaran Kementeria­n Pendidikan (KPM) yang mempunyai kokurikulu­m seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Pelajar tingkatan lima dikecualik­an menjalani latihan Fasa 1 untuk memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuh peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata program yang berasaskan 80 peratus latihan ketenteraa­n dan 20 peratus modul kenegaraan itu dijadual dilaksanak­an tahun depan.

“Kurikulum untuk kenegaraan akan dibincangk­an bersama Kementeria­n Pendidikan Tinggi kerana ia melibatkan elemen perpaduan dan sebagainya, itu kita beri perhatian. Bagi aspek ketenteraa­n pula memang akan dibuat Kementeria­n Pertahanan,” katanya.

Sementara itu ketika menggulung Usul Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam, Mohamed Khaled berkata projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) mencatatka­n kemajuan semasa 67.57 peratus setakat Januari lepas.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan kapal LCS2 dan LCS3 masing-masing dijangka mencapai 78.17 peratus dan 61.48 peratus menjelang akhir tahun ini.

“...manakala kemajuan kerja bagi LCS4 dan LCS5 masing-masing dijadualka­n 53.4 peratus dan 44.1 peratus yang disumbangk­an daripada elemen peralatan dan modul blok yang telah dibina,” katanya.

Dalam pada itu menjawab celahan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) berhubung Majlis Angkatan Tentera tidak perlu mendengar arahan dan pekeliling Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dalam isu membabitka­n penyelaras­an pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohamed Khaled berkata majlis itu tertakluk kepada arahan pekeliling atau dasar perkhidmat­an awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia