Utusan Borneo (Sarawak)

Kimmich tenang tentang masa depannya di Bayern

- — AFP

MUNICH: Joshua Kimmich kelihatan tenang tentang masa depannya di Bayern Munich namun masih belum mengadakan rundingan mengenai situasi kontraknya.

Kimmich memasuki 18 bulan terakhir kontrak semasanya dan dikaitkan dengan perpindaha­n ke Liga Perdana Inggeris, di mana kelab besar seperti Manchester United, Manchester City dan Liverpool dibayangka­n menjadi potensi destinasin­ya.

“Secara ummumnya, situasi saya sangat jelas,” kata Kimmich.

“Saya masih mempunyai baki satu tahun lagi dalam kontrak semasa saya. Tiada siapa yang berbincang dengan saya. Kerana itu kenapa saya sangat tenang.

“Mari kita lihat apa yang akan berlaku. Bagi saya, apa yang paling penting ialah saya bermain dengan baik dan saya mencapai prestasi terbaik saya dan saya tidak terpengaru­h dengan perkara lain.”

Masa depan Kimmich juga ditanya kepada pengarah kelab, Max Eberl, yang mengakui kelab perlu menyelesai­kan isu siapa yang bakal menjadi jurulatih tetap kelab sebelum membuat satu keputusan mengenai kontrak Kimmich.

“Dia seorang pemain yang sangat penting dan selayaknya untuk Bayern Munich,” kata Eberl.

“Ia juga bergantung kepada jurulatih baharu dan bagaimana dia melihat Josh. Ketika ini, dia diperlukan di posisi pertahanan kanan, di mana dia beraksi dengan sangat baik dan sangat membantu kami. Tetapi Josh juga boleh bermain di posisi tengah. Dia berkata dia juga boleh bermain di mana-mana posisi tengah. Ini adlaah satu perbincang­an yang perlu diadakan.

“Tetapi saya fikir jurulatih baharu boleh mempunyai pandangan dan melihat pemain dari sudut berbeza. Secara asasnya, kami akan tunggu dan lihat.”

Pengarah teknikal Bayern, Christoph Freund juga menegaskan keinginan untuk mengadakan rundingan dengan Kimmich.

“Akan ada perbincang­an dengan Jo, dia bermain dengan sangat baik musim ini,” kata Freund.”Jo adalah seorang pemain yang sangat bagus, satu faktor yang sangat penting untuk pasukan kami.”

 ?? ?? KIMMICH
KIMMICH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia