Utusan Borneo (Sarawak)

Lee disenaraik­an dalam skuad kebangsaan Korea Selatan

- — AFP

Lee Kang-in kelmarin disenaraik­an dalam skuad Korea Selatan untuk kelayakan Piala Dunia bulan ini walaupun berkelahi dengan kapten Son Heung-min di Piala Asia.

Bintang Tottenham, Son terkehel jarinya selepas bergaduh dengan pemain penyerang Paris Saint-Germain, Lee sebelum kekalahan Korea Selatan kepada Jordan di separuh akhir bulan lalu.

Lee kemudianny­a memohon maaf selepas agensi berita Yonhap berkata lelaki berusia 23 tahun itu cuba menumbuk Son. Wakil Lee telah menafikan berlakunya tumbukan.

Son kemudian menyiarkan gambar di media sosial menyaksika­n pasangan itu tersenyum dan berpeganga­n tangan, di samping mesej menggesa peminat Korea Selatan memaafkan Lee.

Jurulatih sementara Korea Selatan yang baharu, Hwang Sun-hong, yang mengambil alih tugas bulan lalu apabila Jurgen Klinsmann dipecat berikutan penyingkir­an Piala Asia, berkata dia telah bercakap dengan kedua-dua pemain sebelum memilih skuadnya.

“Lee Kang-in mahu meminta maaf kepada peminat dan rakan sepasukann­ya dari lubuk hatinya, dan Son Heung-min berkata kita semua harus memeluk Kang-in dan bergerak ke hadapan,” kata Hwang.

“Saya tidak fikir ini hanya masalah antara mereka berdua sahaja,” tambahnya.

“Sesiapa yang berada di sana, daripada pemain kepada jurulatih hinggalah kepada kakitangan sokongan, perlu bertanggun­gjawab.

“Dalam dua perlawanan seterusnya menentang Thailand, kami semua harus bersedia untuk menebus kesilapan kami di hadapan penyokong kami.”

Konflik itu dilaporkan dicetuskan oleh pemain-pemain muda - termasuk Lee - yang tergesa-gesa untuk menghabisk­an makan malam mereka supaya mereka boleh keluar awal dan bermain pingpong.

Ini menimbulka­n kemarahan beberapa pemain yang lebih tua, termasuk Son, yang menghormat­i tradisi lama bahawa makan malam pra-perlawanan merupakan sesi merapatkan ahli pasukan, mencetuska­n pergaduhan.

Lee dan Son kedua-duanya bermain dalam perlawanan kekalahan 0-2 kepada Jordan, Son bermain dengan dua jarinya diikat bersama.

Kedua-dua mereka kini bersedia untuk beraksi menentang Thailand di tempat sendiri dan di tempat lawan dalam kelayakan Piala Dunia pada 21 dan 26 Mac.

“Berdasarka­n pengalaman saya sebagai pemain pasukan kebangsaan, saya fikir isu seperti ini boleh menyebabka­n pasukan lebih rapat apabila kita cepat menanganin­ya,” kata Hwang.

Persatuan Bolasepak Korea berharap untuk menemui jurulatih sepenuh masa baharu sebelum perlawanan kelayakan menentang Singapura dan China pada Jun.

Sehingga itu, Hwang akan menggabung­kan tugasnya sebagai jurulatih Bawah 23 tahun dan akan membawa Korea Selatan ke Piala Asia Bawah 23 di Qatar pada April, untuk merebut slot ke Sukan Olimpik Paris.

Di bawah pimpinan Klinsmann, skuad Korea Selatan memulakan kelayakan Piala Dunia dengan kemenangan ke atas Singapura dan China.

 ?? — Gambar AFP ?? TENANG: Lee (kanan) beraksi pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara PSG dan Reims pada 10 Mac lalu.
— Gambar AFP TENANG: Lee (kanan) beraksi pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara PSG dan Reims pada 10 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia