Utusan Borneo (Sarawak)

Arteta kagumi kedudukan Arsenal

Harapan The Gunners buru kejuaraan liga pertama dalam tempoh 20 tahun ada sinar

- Porto. — AFP

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata pertanding­an mendebarka­n antara Liverpool dan Manchester City memberi lebih banyak dorongan selepas pasukannya menduduki tangga teratas Liga Perdana dengan baki 10 perlawanan.

The Gunners, yang memburu kejuaraan liga pertama dalam tempoh 20 tahun, mendahului Liverpool dengan perbezaan gol dengan City di tangga ketiga hanya ketinggala­n satu mata dalam perlumbaan gelaran yang sengit.

Arsenal menjadi pemenang besar hujung minggu lalu apabila mereka menjaringk­an gol lewat untuk menewaskan Brentford 2-1, meraih kemenangan liga kelapan berturut-turut, manakala City menahan Liverpool seri 1-1 di Anfield.

“Ia bagus untuk duduk di teratas, semestinya - ia permainan bola sepak yang menakjubka­n antara dua pasukan yang hebat, dengan begitu banyak alternatif,” kata Arteta pada sidang media pra-perlawanan­nya menjelang pertembung­an Liga Juara-Juara menentang Porto.

“Bagi saya ia situasi yang menakjubka­n dan kami terlibat, melihat prestasi keduadua pasukan itu dan kami masih di sana dan kami masih di atas.

“Jadi, cita-cita kami diteruskan, kami mahu terus berada di sana, dan kami perlu mengharung­i perlawanan demi perlawanan.”

Arsenal juga sedang

berusaha untuk menamatkan kemarau panjang di Eropah dengan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2010.

Bagaimanap­un, mereka perlu membalikka­n defisit 1-0 pada perlawanan pertama di Emirates pada hari Rabu jika mereka mahu mara ke peringkat lapan akhir.

“Itulah peluang yang kami ada esok, di hadapan orang ramai dan di stadium kami,” tambah Arteta.

“Selama 96 minit bekalkan tenaga anda, bekalkan semangat anda dan mari lakukannya bersama-sama.”

Pengurus Arsenal

Penampilan menakjubka­n anak buah Arteta di dalam negara sendiri berbeza dengan persembaha­n mereka di Portugal tiga minggu lalu.

Arsenal gagal menemui sasaran sebelum tewas kepada gol kemenangan oleh Galeno pada minit ke-93.

Tetapi Arteta tetap yakin pasukannya boleh mengubah keadaan di London.

“Setiap lawan mempunyai kekuatan dan kelemahan

mereka dan cara mereka menghampir­i permainan dan kini kami sudah mengenali mereka dengan lebih baik,” kata Arteta.

“Kami akan memberi tumpuan untuk menjadi diri sendiri dan melakukan lebih banyak perkara yang boleh dikawal dengan lebih baik berbanding yang kami lakukan beberapa minggu lalu.”

Gabriel Martinelli terlepas perlawanan kemenangan ke atas Brentford dengan kecederaan kaki dan dijangka tidak akan pulih tepat pada masanya untuk menentang

“Ia bagus untuk duduk di teratas, semestinya - ia permainan bola sepak yang menakjubka­n antara dua pasukan yang hebat, dengan begitu banyak ” alternatif. Mikel Arteta

 ?? — Gambar AFP ?? MISI MUSTAHAK: Arteta menyertai anak buahnya menjalani sesi latihan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara pusingan 16 akhir menentang FC Porto di Pusat Latihan Arsenal di Shenley, England.
— Gambar AFP MISI MUSTAHAK: Arteta menyertai anak buahnya menjalani sesi latihan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara pusingan 16 akhir menentang FC Porto di Pusat Latihan Arsenal di Shenley, England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia