Utusan Borneo (Sarawak)

DKI A dari Jakarta mendominas­i Kejohanan Boling Piala Berpasukan Sarawak Hornbill

-

KUCHING: Penampilan sulung pada Kejohanan Boling Piala Berpasukan Sarawak Hornbill 2024 nyata berbaloi buat pasukan dari Jakarta, Indonesia (DKI A) apabila berjaya muncul juara keseluruha­n pada kejohanan melabuhkan tirainya di Megalanes Sarawak pada Sabtu lalu.

Pasukan DKI A diwakili Diwan Rezaldy, Yeri Ramadona, Marvin dan Hengki mengumpul 52 mata selepas melakukan 16,336 jatuhan pin untuk mengatasi pencabar terdekat, pasukan Dotmod yang membariska­n Musayyar Khalid, Abang Afiq Yazid Abang Azman, Muhammad Hazim Alihanafia­h dan Ahmad Aidil Abdul Halum dengan hanya lima mata selepas menjatuhka­n 16,256 pin.

Kedudukan ketiga ialah pasukan Hero Bowling Chong Jun Foo, Daniel Tan Yan, Bong Kihow dan Desmond Law Kwang mengumpul 40 mata selepas mencatat 15,816 jatuhan pin.

Kemenangan itu membolehka­n DKI A pulang dengan hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM10,000, trofi cabaran dan pingat.

Manakala Team Dotmod dan Hero Bowling masingmasi­ng meraih wang tunai RM7,000 dan RM5,000 serta pingat.

Selain juara keseluruha­n, pasukan dikendalik­an Williem Widjaya itu turut gah dengan menyapu kategori doubles short oil pattern, trios long oil pattern, team of four short oil pattern and long oil pattern serta all-events.

Bukan itu sahaja, rakan sepasukan DKI A iaitu DKI B turut memenangi tempat kedua dalam kategori doubles short pattern menerusi Paolo Hernandez dan Patrick M Hernandez.

“Ini sememangya penyertaan

sangat baik dan kami sangat gembira dengan persembaha­n keseluruha­n pasukan dan berharap mereka dapat beroleh keyakinan untuk beraksi dengan baik pada kejohanan antara negeri seperti SUKMA di sini dan Pekan Olahraga Nasional (PON) diadakan pada September.

“Seperti motto kami iaitu ‘Kami Datang, Kami Tewaskan’, kami benar-benar beraksi bersungguh-sungguh menentang peserta dari negeri lain di Malaysia.

“Pemain kami selesa dengan pertanding­an ini dan mereka juga menikmatin­ya,” kata Pengurus Pasukan, Thomas Tan ketika ditemui selepas berakhir kejohanan tersebut.

Menurutnya, meskipun sedikit terganggu kerana kelewatan perlawanan namun barisan pemainnya melihat perkara itu dari sudut positif kerana mereka dilatih bermain

dalam apa juga situasi.

Beliau meletakkan harapan kembali pada tahun hadapan untuk mempertaha­nkan kejuaraan tersebut.

Dalam pada itu, pemenang lain adalah Hero Bowling (doubles long oil pattern, trios short oil pattern), Team Dotmod (Bakers’ 4) dan Sunway Megalanes (team of 4 long oil pattern).

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu bersama Presiden Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) Sunny Si, Timbalan Presiden ABAS, Shaifulbah­ri Shukri serta Naib Presiden ABAS, Robert Lu.

 ?? ?? MILIK KAMI: Pasukan DKI A dari Indonesia gembira apabila berjaya muncul juara Kejohanan Boling Piala Berpasukan Sarawak Hornbill 2024 di Kuching, Sabtu lalu.
MILIK KAMI: Pasukan DKI A dari Indonesia gembira apabila berjaya muncul juara Kejohanan Boling Piala Berpasukan Sarawak Hornbill 2024 di Kuching, Sabtu lalu.
 ?? ?? TAHNIAH: Semua pemenang menerima hadiah bersama tetamu dan penganjur kejohanan, Sabtu lalu.
TAHNIAH: Semua pemenang menerima hadiah bersama tetamu dan penganjur kejohanan, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia