Utusan Borneo (Sarawak)

Tagih kepercayaa­n dari penyokong

Pochettino seru penyokong The Blues untuk terus mempercaya­i pemain bagi bersaing dalam bola sepak Eropah musim depan

- Mauricio Pochettino Pengurus Chelsea

LONDON: Mauricio Pochettino menyeru agar penyokong Chelsea mempercaya­i pemainnya selepas kemenangan 3-2 ke atas Newcastle semalam mendorong The Blues untuk kembali bersaing dalam bola sepak Eropah musim depan.

Pochettino telah berdepan cemuhan terbuka dari penyokong pasukannya sendiri semasa keputusan seri 2-2 di Brentford hujung minggu lalu.

Bekas jurulatih Tottenham itu telah mengalami musim pertama yang sukar di Stamford Bridge, termasuk tewas pada perlawanan akhir Piala Liga kepada pasukan muda Liverpool bulan lalu.

Chelsea kekal di tangga ke-11 dalam carta Liga Perdana, empat mata di belakang West Ham yang menduduki tempat ketujuh, yang sekurang-kurangnya sudah memastikan tempat dalam Liga Konferensi Europa.

“Kita perlu kekal bersama,” kata Pochettino, yang pasukannya berdepan Leicester dalam suku akhir Piala FA pada Ahad.

“Kita akan akan berjuang sehingga akhir untuk cuba memberikan perkara yang terbaik buat peminat kami. Hari ini ia sedikit sebanyak membantu apabila kami menjaringk­an gol dari awal, penyokong hebat dan

menyokong kami. Mereka perlu mempercaya­i kami.”

Kekalahan ke-12 Newcastle musim ini menjadikan Magpies berkelebih­an hanya satu mata daripada Chelsea, di tangga ke-10.

Tekanan juga semakin meningkat ke atas Eddie Howe apabila Newcastle

yang dibiayai Arab Saudi gagal meneruskan kejayaan musim lalui, di tempat keempat untuk layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

“Ketiga-tiga gol adalah serupa. Kami tidak mempertaha­nkan dengan cukup

baik dan jika kamu berbuat demikian kamu akan tewas dalam perlawanan,” kata Howe.

“Saya tahu kami boleh mencapai tahap tertinggi sebelum ini, tetapi kami tidak melakukann­ya dengan kerap.”

Pochettino menyaksika­n

tanda-tanda yang menjanjika­n untuk beberapa rekrut muda mahalnya yang dikritik ramai selepas pemain menunjukka­n potensi mereka.

Nicolas Jackson mencatatka­n 12 gol dalam musim sulungnya apabila dia membuat jaringan bijak menerusi rembatan Palmer selepas kurang enam minit.

Bagaimanap­un, seperti biasa Chelsea gagal meneruskan permulaan cemerlang dan membenarka­n Newcastle mengawal baki separuh masa pertama.

Pasukan pelawat mengalami kecederaan pada pertengaha­n babak pertama apabila Anthony Gordon dipaksa keluar.

Tetapi Alexander Isak menghasilk­an penyudahan berkualiti, merembat ke sudut jauh, untuk menyamakan kedudukan Newcastle dua minit sebelum separuh masa.

Satu-satunya pemain baru yang boleh dipercayai Chelsea sepanjang musim ialah Cole Palmer dan pemain antarabang­sa England itu memulihkan pendahulua­n pasukannya dengan cara mantap sebelum sejam.

Palmer mengutip hantaran Enzo Fernandez, menyusup masuk dalam dan merembat kuat untuk menghasilk­an gol Liga Perdana ke-11 musim ini.

Mykhailo Mudryk, sebaliknya, terus mengecewak­an beberapa pengurus Chelsea sejak menyertai skuad dengan harga 88 juta pound lebih setahun lalu.

Pemain Ukraine baru memasuki padang hanya lima minit dan mempamerka­n rentak pantasnya untuk menembusi benteng pertahanan Newcastle dan menjaringk­an gol keenamnya dalam 46 penampilan untuk Chelsea.

Rembatan cekap Jacob Murphy ke penjuru atas gol memberikan penutup yang menggerunk­an buat tuan rumah.

Tetapi ia sudah terlambat untuk pasukan pelawat dalam satu lagi kekecewaan musim yang kurang memberangs­angkan.

“Kita akan akan berjuang sehingga akhir untuk cuba memberikan perkara yang terbaik buat peminat kami. Hari ini ia sedikit sebanyak membantu apabila kami menjaringk­an gol dari awal, penyokong hebat dan menykong kami. ” Mereka perlu mempercaya­i kami.

 ?? — Gambar AFP ?? TAGIH KEPERCAYAA­N: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Newcastle Utd di Stamford Bridge, London.
— Gambar AFP TAGIH KEPERCAYAA­N: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Newcastle Utd di Stamford Bridge, London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia