Utusan Borneo (Sarawak)

F1: Wolff mahu Verstappen sertai pasukan Mercedes

- — AFP

Pengurus pasukan Formula Satu (F1) Mercedes, Toto Wolff, berkata bahawa dia sememangny­a ‘mahu’ Max Verstappen menyertai pasukannya tahun hadapan, tetapi menyedari kereta pasukannya tidak cukup kompetetif untuk menarik perhatian juara dunia itu untuk berpindah dari pasukan Red Bull.

Walaupun memenangi dua perlumbaan pertama musim ini, Verstappen dikaitkan dengan perpindaha­n dari Red Bull ekoran beberapa kontrovers­i dan perpecahan dalam pasukan.

Berikutan dengan cadangan pada minggu ini di mana sekutu rapat Helmut Marko mungkin akan digantung, Verstappen membayangk­an bahawa kehadirann­ya di Red Bull bergantung kepada kedudukan Marko dalam pasukan.

Dengan Lewis Hamilton sudah mengesahka­n akan meninggalk­an pasukan Mercedes pada akhir musim ini untuk menyertai Ferrari, Wolff berkata dia bersedia untuk menyediaka­n satu tempat untuk Verstappen

dalam pasukan pada 2025 tetapi mengakui kereta semasa Mercedes tidak cukup kompetetif untuk memujuknya untuk berpindah.

“Kita boleh berkata seperti ini, saya fikir ini adalah satu keputusan yang perlu dibuat oleh Max tetapi tiada pasukan yang mampu memberikan­nya kereta yang sama seperti di Red Bull,” kata Wolff.

“Saya sememangny­a berminat mendapatka­n khidmatnya, tetapi pertama sekali kami perlu menyelesai­kan isu kereta kami. Pertama sekali, kami berharap George (Russell) dan Lewis untuk meningkatk­an kereta dan memberikan mereka peralatan yang baik sebelum boleh mengimpika­n tentang masa depan tahun hadapan.”

Wolff mengesyaki Verstappen, ayahnya Jos dan pengurus pasukan, Raymod Vermeulen, akan lebih tertarik dengan prestasi cemerlang Red Bull.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, seorang pemandu akan sentiasa mahu berada dalam kereta yang terpantas,” tambahnya. “Ia memberikan anda peluang terbaik untuk memenangi perlumbaan dan kejuaraan dunia dan Max berada di tempat itu ketika ini.

“Tetapi Max, Jos dan mereka di sekeliling­nya dalah orang yang sangat jelas, kadang-kadang terlalu jelas dengan situasi yang merek amahukan dan saya fikir ia adalah sesuatu yang akan menyebabka­n mereka berfikir (kemungkina­n berpindah). Tetapi saya fikir seorang pemandu sepertinya harus berada dalam kereta terbaik.”

 ?? — Gambar AFP ?? JADI BURUAN: Verstappen keluar dari keretanya selepas tamat perlumbaan Formula 1 Grand Prix Arab Saudi di Litar Corniche Jeddah, 9 Mac lalu.
— Gambar AFP JADI BURUAN: Verstappen keluar dari keretanya selepas tamat perlumbaan Formula 1 Grand Prix Arab Saudi di Litar Corniche Jeddah, 9 Mac lalu.
 ?? ?? WOLFF
WOLFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia