Utusan Borneo (Sarawak)

Kilang lama dalam proses dirobohkan terbakar

-

Sebuah kilang lama yang tidak beroperasi dan dalam proses dirobohkan terbakar di luar kawalan di Jalan Haji Latif dekat sini, semalam.

Ketua Bomba Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.05 petang dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Katanya, setibanya di tempat kejadian komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah kilang lama yang tidak lagi beroperasi.

“Kilang berstruktu­r tidak kekal yang berkeluasa­n 100 kali 40 kaki persegi itu tidak lagi beroperasi serta dalam proses dirobohkan.

“Kebakaran telah mengakibat­kan 20 peratus daripada keseluruha­n struktur serta sengaja dibakar oleh pemilik kerana dalam proses pembinaan semula di mana 80 peratus daripada struktur kilang telah dirobohkan terlebih dahulu pemilik kilang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, pekerja yang ditugaskan untuk merobohkan bangunan kilang lama berkenaan dan kerja-kerja membakar sedang dilakukan untuk memusnahka­n anaianai pada bahagian kayu reput bagi memudahkan kerja meroboh keseluruha­n bangunan tersebut.

“Namun api mula marak dan di luar kawalan akibat angin kuat lalu menyebabka­n mereka menghubung­i pihak bomba untuk mendapatka­n bantuan,” jelasnya.

Kebakaran tersebut bagaimanap­un berjaya dikawal pada jam 4.35 petang dan operasi pemadaman kebakaran ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.24 petang.

Kemusnahan akibat kebakaran tersebut dianggarka­n kira-kira 20 peratus.

Kebakaran tersebut juga tidak menyebabka­n sebarang kemalangan jiwa dan punca sebenar masih dalam siasatan Unit Penyiasata­n Kebakaran JBPM Zon 4 Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia