Utusan Borneo (Sarawak)

STR bakal pacu pembanguna­n Sarawak

Ia memendekka­n perjalanan antara Sibu dan Kuching apabila siap kelak, buka kawasan untuk aktiviti ekonomi: Uggah

-

Projek Jalan Utama Kedua (STR) akan membawa kesan positif dalam proses pembanguna­n negeri, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, apabila siap kelak, STR akan memendekka­n masa perjalanan antara Sibu dan Kuching kepada kirakira tiga jam.

”Kedua, ia akan membuka satu lagi kawasan pedalaman luas untuk aktiviti ekonomi yang menjana pendapatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikianse­lepas melawat tiga pakej jalan raya

STR bersama Setiausaha Tetap Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan (MIPD) Datu Chiew Chee Yau dan pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di Sebuyau, semalam.

Pakej tersebut membabitka­n jalan dari Batang Samarahan ke Batang Sadong, projek jambatan utama iaitu Jambatan Batang Samarahan dan jalan dari Batang Sadong ke Jambatan Sebuyau/Batang Lupar.

Uggah yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan menambah, jalan Batang Samarahan ke Batang Sadong akan mempunyai empat lorong dua hala dan sepanjang 13.7 kilometer.

Jalan dan jambatan yang menelan kos keseluruha­n RM530 juta itu katanya, dijangka siap menjelang Februari 2027.

Bagi pakej ketiga, Uggah berkata ia adalah sejauh 28 kilometer membabitka­n dua lorong satu laluan dari Batang Sadong ke Sebuyau/ Jambatan Batang Lupar yang menelan belanja RM525 juta.

”Di sini, kita akan mempunyai jejambat sepanjang 800 meter melintasi Taman Negara Sedilu dan kita menjangkak­an pakej ini akan siap menjelang April 2028,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya telah mengenal pasti beberapa isu membabitka­n projek tersebut, namun menurutnya, ia bukan masalah utama.

”Ia sedang diselesaik­an untuk membolehka­n kerja-kerja pembinaan berjalan lancar dan semua projek ini dapat disiapkan seperti yang dijadualka­n,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai lawatannya, Uggah berkata ia bertujuan untuk melihat sama ada kontraktor mematuhi ’One Month Pledge/Undertakin­g’ JKR negeri iaitu kontraktor yang berjaya perlu berada di tapak dan melakukan beberapa aktiviti pembinaan dalam tempoh sebulan selepas diberikan kontrak.

”Jika mereka gagal berbuat demikian, JKR berhak untuk menamatkan (perkhidmat­an) mereka. Tetapi bagi tiga projek itu, kita lihat mereka merupakan kontraktor yang serius.

 ?? ?? PERKEMBANG­AN TERKINI: Uggah diberi taklimat oleh Jurutera Kanan JKR Teo Nguong Leong mengenai Jalan Batang Samarahan ke Batang Sadong dan projek Jambatan Batang Samarahan semasa lawatan beliau ke tapak projek, semalam.
PERKEMBANG­AN TERKINI: Uggah diberi taklimat oleh Jurutera Kanan JKR Teo Nguong Leong mengenai Jalan Batang Samarahan ke Batang Sadong dan projek Jambatan Batang Samarahan semasa lawatan beliau ke tapak projek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia