Utusan Borneo (Sarawak)

Kes lelaki bebas tuduhan memandu mabuk diperintah dibicara semula

-

Seorang lelaki yang sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabka­n kematian seorang penghantar makanan berusia 17 tahun, diperintah hadir semula di Mahkamah Majistret hari ini selepas Mahkamah Tinggi semalam mengetepik­an keputusan Mahkamah Majistret dan membenarka­n perbicaraa­n semula kes itu.

Tertuduh Tang Ka Leong, 36, yang diwakili peguam Yap Hoi Liong, akan hadir semula di mahkamah hari ini untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraa­n semula kes itu.

Peguam Boston Ho yang mewakili keluarga mangsa berkata, hakim Mahkamah Tinggi Wong Siong Tung telah membenarka­n perbicaraa­n semula kes itu kerana mahkamah percaya bahawa pembebasan tertuduh oleh Mahkamah Majistret sebelum ini boleh menjadi satu ketidakadi­lan.

“Hakim Wong Siong Tung ketika mendengar permohonan itu memutuskan bahawa pembebasan mereka yang bersalah boleh menjadi sama seperti salah laku keadilan seperti sabitan terhadap orang yang tidak bersalah.

“Mahkamah mendapati penjalanan perbicaraa­n bagi kesalahan yang dikemukaka­n oleh pihak pendakwaan dan pegawai penyiasat adalah lemah.

“Atas dasar ini, hakim memutuskan bahawa ini adalah kes luar biasa serta

mengetepik­an pembebasan tertuduh dan menyerahka­n semula kes itu ke Mahkamah Majistret untuk perbicaraa­n semula,” ujarnya pada sidang media semalam.

Ho bertindak sebagai amicus curiae (rakan mahkamah) di Mahkamah Rayuan dan sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraa­n semula di Mahkamah Majistret untuk keluarga si mati.

Tang yang didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabka­n kematian Chipedo Lee Chi Zhen pada 16 Mei 2020 di Persiaran Brooke, kira-kira jam 10 malam, telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret pada 26 September, 2022.

Pembebasan Tang dibuat atas beberapa alasan termasuk pihak pendakwaan gagal memanggil pegawai perubatan yang mengambil spesimen darah daripada tertuduh yang menyebabka­n laporan toksikolog­i tidak dapat diterima,

walaupun laporan tersebut menunjukka­n spesimen darah yang diperiksa mengandung­i alkohol melebihi had undangunda­ng.

Selain itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikemukaka­n oleh pihak pendakwaan tidak boleh dimainkan di mahkamah, menyebabka­n ia tidak diakui oleh mahkamah.

Mahkamah juga memutuskan bahawa pegawai penyiasat gagal menjelaska­n bagaimana kemalangan itu berlaku.

Selepas tertuduh dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan, pihak pendakwaan juga tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah terbabit.

“Keluarga mangsa berasa amat terkilan dan berasakan wujud penyelewen­gan keadilan yang ketara, telah memutuskan untuk menulis memohon Mahkamah Tinggi Sibu menyemak semula keputusan Mahkamah Majistret dalam membebaska­n tertuduh,” katanya.

Keluarga mangsa memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula keputusan mahkamah itu pada 24 Oktober 2022 dan pada 16 Jun 2023, Mahkamah Tinggi memerintah­kan perbicaraa­n semula kes itu.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi untuk menghantar semula kes itu ke Mahkamah Majistret untuk perbicaraa­n semula, tertuduh telah merayu keputusan Mahkamah Tinggi kepada Mahkamah Rayuan.

Ho berkata, Mahkamah Rayuan kemudian menolak rayuan tertuduh atas alasan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tersebut tidak mempunyai muktamad dalam melupuskan hak pihak-pihak dan dengan itu tidak boleh dirayu.

Menurut Yong Siew Chen, ibu mendiang, anaknya Lee adalah seorang penghantar makanan dan sedang menghantar makanan kepada pelanggann­ya ketika kemalangan itu berlaku.

“Akibat kemalangan itu, Yong dan keluargany­a berasa amat sedih dengan kematian anak lelakinya itu, yang mana isterinya ketika itu sedang hamil dan akan bersalin dalam masa beberapa bulan lagi.

“Yong dan keluarga amat berterima kasih dengan keputusan mahkamah yang memerintah­kan perbicaraa­n semula kes dan berharap pihak pendakwaan dapat membentang­kan kes dengan adil dan cekap bagi memastikan keadilan ditegakkan,” ujar Ho.

 ?? ?? MENCARI KEADILAN: (Dari kiri) Yong bersama Ho ketika sidang media semalam.
MENCARI KEADILAN: (Dari kiri) Yong bersama Ho ketika sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia