Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah benarkan permohonan plaintif tangguh sebulan kes saman ke atas Ragad

-

Mahkamah Tinggi semalam membenarka­n permohonan pihak plaintif untuk menangguhk­an pembicaraa­n (pendengara­n) kes saman sivil difailkan anakanak Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud terhadap ibu tiri mereka, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, selama sebulan.

Peguam mewakili plaintif (Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib dan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib) berkata, penangguha­n itu membolehka­n pihak plaintif memastikan semua urusan berkaitan diatur dengan baik selepas pemergian bapa mereka.

Bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, menghembus­kan nafas terakhir pada kira-kira jam 4.40 pagi, 21 Februari 2024 di Kuala Lumpur ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sana.

“Melihatkan keadaan ini, kami dengan rendah hati memohon penangguha­n selama sebulan sebelum pembicaraa­n diteruskan,” ujar peguam Alvin Chong semasa prosiding.

Ragad disaman oleh anak tirinya Sulaiman dan Bekir (plaintif) yang memohon injunksi mahkamah untuk menghentik­an pemindahan saham daripada syarikat kepada Ragad.

Mereka menamakan Ragad sebagai defendan pertama dan RHB Investment Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam kes itu.

Semasa prosiding semalam juga, defendan pertama dan kedua masing-masing mengemukak­an kepada mahkamah beberapa kes terdahulu yang menyentuh mengenai bidang kuasa.

Ia susulan pada 19 Februari 2024, pihak defendan mengemukak­an satu isu penting dalam kes itu iaitu sama ada mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa ke atas perkaraper­kara berkaitan hal-hal syariah.

Mahkamah pada hari tersebut kemudian memerintah­kan pihak defendan untuk membuat semakan undang-undang sebelum membangkit­kan isu sama ada kes saman itu boleh diklasifik­asikan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Berikutan itu, Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew semalam memerintah­kan plaintif memfailkan jawapan bertulis selewat-lewatnya pada 15 April 2024, sementara defendan memfailkan jawapan mereka kepada jawapan bertulis plaintif selewat-lewatnya pada 28 April 2024.

Beliau juga memerintah­kan kes disebut semula pada 8 Mei 2024.

Selain Chong, plaintif turut diwakili peguam Jonathan Tay. Ragad diwakili Alvin Yong, Shirleen Ong dan Wong Chun Ming sementara defendan kedua diwakili Tan Kee Heng dan Lesley Ling.

 ?? ?? BERSEMANGA­T: Chong dan pasukan perundanga­nnya (di belakang) semasa berada di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuching, semalam.
BERSEMANGA­T: Chong dan pasukan perundanga­nnya (di belakang) semasa berada di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia