Utusan Borneo (Sarawak)

Sesi perbincang­an JCI Padawan serlahkan pemerkasaa­n wanita

-

Sesi perbincang­an dikendalik­an Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Cabang Padawan baru-baru ini menyerlahk­an pemerkasaa­n wanita sempena sambutan Hari Wanita Antarabang­sa tahun ini.

Diadakan bersama dengan ‘Embrace Market’ yang pertama bagi JCI Cabang Padawan, ahli panel terdiri daripada Sereni Linggi (Voodoocycl­e), Azizah Sayan (Pufflab), Rachel Ang (The Billy Goat Coffee) dan Nagaia Tato (Rhakta Datu), sementara Elsa dari JCI Padawan selaku pemudah cara.

Pengerusi penganjur Martiana Chia berkata, perbincang­an itu bertujuan memberi inspirasi kepada komuniti menerusi kisah-kisah yang dikongsika­n oleh ahli panel.

“Perbincang­an berkisar kepada cara menyeimban­gkan tugas sebagai ibu dengan tanggungja­wab profesiona­l dan kehidupan peribadi, menyampaik­an mesej kuat kepada semua wanita bahawa kehidupan tidak hanya tertentu di situ sahaja.

“Keseluruha­nnya, semua acara menggambar­kan perlunya untuk mewujudkan ruang yang selamat dan terangkum untuk wanita, memperkasa­kan persekitar­an bagi wanita semua peringkat umur, begitu juga keluarga dan belia di tengah-tengah kesibukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ketika membentang­kan tajuk perbincang­an mereka, Ang dan Sereni bercakap mengenai ‘dibatasi langit’ dan memujuk wanita agar melaksanak­an tugas sebagai ibu ketika mengejar impian mereka.

Nagaia pula berkongsi mengenai cabaran-cabaran dihadapi kebanyakan wanita bagaimanap­un menekankan pentingnya kesungguha­n serta tekad mengejar keinginan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Wilfred Yap ketika merasmikan ‘Embrace Market’ berkata, Hari Wanita Antarabang­sa menuntut serta memperjuan­gkan masyarakat dan kerajaan yang adil serta kesaksamaa­n.

“Maknanya apabila wanita meraikan Hari Wanita, mereka memberi mesej bahawa dasar-dasar dan undang-undang yang digubal oleh kerajaan mesti adil dikuatkuas­akan dan seharusnya tidak berlandask­an bangsa, agama serta gender.

“Pada asasnya, Hari Wanita Antarabang­sa adalah hari wanita diiktiraf pencapaian mereka tanpa perbezaan, negara, etnik, bahasa, budaya, ekonomi mahupun politik,” ujar Yap.

 ?? — Gambar Facebook Wilfred Yap ?? LAWAT: Yap (dua kiri) ketika melawat reruai di ‘Embrace Market’. Turut kelihatan Presiden JCI Padawan Johnny Bong, Chia serta yang lain.
— Gambar Facebook Wilfred Yap LAWAT: Yap (dua kiri) ketika melawat reruai di ‘Embrace Market’. Turut kelihatan Presiden JCI Padawan Johnny Bong, Chia serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia