Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Terbuka Swinburne Sarawak 23 Mac sarat pengisian

Ia menawarkan lebih banyak peluang untuk pengunjung meneroka universiti, tampil penyertaan pelbagai vendor luar

- Oleh Hamkar Sarbinee Pengasas Vanillapon­g

KUCHING: Hari Terbuka Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak yang akan diadakan pada 23 Mac ini bakal menawarkan lebih banyak peluang untuk pengunjung meneroka universiti yang akan menampilka­n penyertaan pelbagai vendor luar.

Program itu dibuka kepada orang awam dari jam 10 pagi hingga 4 petang di kampus universiti di Jalan Simpang Tiga, di sini.

Vendor luar yang bakal mengambil bahagian dalam acara universiti itu akan mempamerka­n pelbagai barangan dan produk daripada makanan dan minuman kepada pakaian, aksesori, produk artistik dan banyak lagi.

Antara vendor yang dijangka turut serta ialah Persatuan Autistik Kuching (KAA), Brew Coffee Bakery, Three Tea, Le Atelier, Sluvi, Eureka Kraft, Margaret Nail Studio, Jabing Studio, Omok. co, Daisy Dalia dan Babyygohen­na.

Dalam pada itu, pelbagai trak makanan akan hadir pada hari terbuka itu, termasuk Vanillapon­g, King Kojack, Sushi Chef on Wheels, Swee Kang Ais Kacang, Kopi Hainan dan d-FRentz.

Sementara itu, Presiden KAA Dr Catherine Chen berkata, persatuan itu teruja dengan penyertaan sulungnya pada Hari Terbuka Swinburne Sarawak.

Beliau berkata, KAA sebelum ini telah bekerjasam­a dengan Swinburne Photomedia and Design Club untuk acara amal rekaan baju-T kimchi pada 2022.

“Pelajar kami berbesar hati untuk menampilka­n rekaan kimchi mereka pada bajuT dan pelekat semasa acara amal itu.

“Tahun ini, KAA tidak sabar untuk mempamerka­n beberapa reka bentuk karya seni pelajar kami pada barangan seperti kemeja-T, beg tote, topi baldi, buku nota, mug, lanyard, payung, magnet, rantai kunci dan barangan lain di bawah label

Ia adalah peluang untuk mempamerka­n jenama kami kepada khalayak baharu dan berpotensi membina hubungan yang boleh membawa kepada peluang masa depan.

Muinuddin Matnor

Seni Autisme.

“Kami juga mempunyai gelang dan rantai yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh kira-kira 30 pelajar kami,” kata Dr Chen.

Sementara itu, Pengasas Vanillapon­g Muinuddin Matnor berkata, penyertaan dalam acara hari terbuka itu akan menjadi peluang yang baik untuk melibatkan diri dengan pelajar dan pelawat, sambil menambah ia berpotensi menjadi perkongsia­n dengan universiti dari semasa ke semasa.

“Ia adalah peluang untuk mempamerka­n jenama kami kepada khalayak baharu dan berpotensi membina hubungan yang boleh membawa kepada peluang masa depan.

“Pengunjung trak makanan Vanillapon­g boleh menantikan pilihan hidangan aiskrim vanila dalam kon, roti atau cawan (kecil, biasa dan besar) serta ‘topping’ percuma dengan tujuh pilihan.

“Sertai kami di Hari Terbuka Swinburne dan nikmati simfoni manis vanila dengan gula apong di trak makanan Vanillapon­g,” kata Muinuddin.

Acara Hari Terbuka menawarkan peluang kepada pengunjung untuk bertemu satu sama lain dengan kaunselor

pendidikan dan ahli akademik, sekali gus mendapatka­n pandangan tentang pelbagai program yang terdapat di universiti.

Mereka juga boleh mendapatka­n nasihat tentang banyak

aspek pendidikan tinggi yang lain, termasuk laluan pengajian, biasiswa, penempatan industri, kemudahan, penginapan, kehidupan pelajar dan banyak lagi.

Pelajar atau ibu bapa

yang merancang untuk menyertai Hari Terbuka Swinburne Sarawak boleh melayari https://swinburne. edu.my/openday/ untuk mendaftark­an minat mereka.

 ?? ?? JOM DAFTAR: Hari Terbuka Swinburne menawarkan peluang untuk pelajar meneroka bidang yang ditawarkan oleh Swinburne Sarawak.
JOM DAFTAR: Hari Terbuka Swinburne menawarkan peluang untuk pelajar meneroka bidang yang ditawarkan oleh Swinburne Sarawak.
 ?? ?? SILA PAKAI: Wan Samsulri mengagihka­n apron kepada peniaga Bazar Ramadan Meditel 2024.
SILA PAKAI: Wan Samsulri mengagihka­n apron kepada peniaga Bazar Ramadan Meditel 2024.
 ?? ?? PELBAGAI: Antara juadah berbuka puasa yang menjadi tarikan di Bazar Ramadan Meditel 2024.
PELBAGAI: Antara juadah berbuka puasa yang menjadi tarikan di Bazar Ramadan Meditel 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia