Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan bina pejabat baharu MPP tidak boleh diguna untuk tujuan lain: Tan Kai

-

KUCHING: Peruntukan RM60 juta daripada kerajaan negeri kepada Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) bagi membina bangunan pejabat baharu dan tidak boleh digunakan untuk tujuan atau pembanguna­n lain.

Pengerusi MPP Tan Kai menegaskan perkara itu sambil menambah, peruntukan itu merupakan inisiatif kerajaan negeri meningkatk­an perkhidmat­an perbandara­n di seluruh Sarawak, termasuk MPP.

Menurutnya, bangunan baharu yang dicadangka­n itu akan berfungsi sebagai hab penting bagi menyelaras perkhidmat­an perbandara­n di Padawan serta mengurangk­an jurang antara majlis tempatan dan penduduk setempat.

“Pihak perbandara­n tidak mempunyai hak atau kuasa

untuk memperuntu­kkan semula atau menggunaka­n peruntukan yang telah diluluskan bagi kegunaan lain.

“Sebarang menaik taraf sistem perparitan yang dilakukan dalam bidang kuasa MPP bergantung terutamany­a kepada pembiayaan yang disediakan oleh YB (wakil rakyat),” katanya menerusi kenyataan kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Michael Kong, pembantu khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, agar peruntukan RM60 juta itu digunakan bagi ‘urusan segera’ di bawah seliaan MPP, bukannya membina bangunan pejabat baharunya.

Menurut Kong, MPP telah gagal melihat keperluan mendesak rakyat di kawasan pentadbira­nnya.

Mengulas lanjut, Tan Kai berkata sebagai sebuah majlis tempatan yang bertanggun­gjawab dan tertakluk kepada audit setiap tahun, sebarang pembiayaan untuk tujuan khas termasuk pembinaan bangunan pejabat baharu tidak boleh dipandang ringan atau untuk kegunaan lain.

 ?? ?? TAN KAI
TAN KAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia