Utusan Borneo (Sarawak)

17,782 kanak-kanak tabika, taska KEMAS mula sesi 2024/2025 di seluruh Sarawak

-

Seramai 16,583 kanak-kanak dari 1,360 taman bimbingan (tabika) KEMAS dan 1,199 kanakkanak taman asuhan (taska) KEMAS dari 85 taska seluruh Sarawak telah memulakan sesi persekolah­an tahun 2024/2025 pada 11 Mac lalu.

Daripada jumlah keseluruha­n kanak-kanak tabika, 8,376 adalah kanak-kanak lelaki dan 8,207 adalah perempuan, manakala untuk taska pula dari jumlah keseluruha­n, 594 adalah kanak-kanak lelaki dan 605 adalah perempuan.

Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Anisah Saidin berkata, kesemua kanak-kanak itu akan menjalani tempoh transisi atau pengenalan selama tiga bulan dengan menggunaka­n Program SALAM Sahsiah Lambang Modal Insan Unggul.

“Pelaksanaa­n aktiviti sepanjang Program SALAM merupakan aktiviti pembelajar­an kanak-kanak yang bermakna, sebagai pengenalan awal mereka kepada sesi persekolah­an di tabika KEMAS.

“Program ini juga bertujuan untuk membentuk sahsiah diri kanak-kanak yang unggul di samping melahirkan kanak-kanak ‘Ceria, Cerdas dan Cerdik’,” katanya di sini, semalam.

Anisah berkata, mereka akan menjalani pelbagai aktiviti bagi memberi kanakkanak ruang untuk membiasaka­n diri dengan suasana di tabika dan taska dan membina keyakinan dan perkenalan bersama rakan-rakan dan pendidik masyarakat.

“Tabika atau taska kanakkanak akan disediakan makanan sihat secara percuma melalui geran tahunan (GPK) yang disediakan oleh kerajaan

“Dengan adanya pemakanan yang seimbang, sudah pasti dapat membentuk minda yang cerdas, sihat dan tumbesaran kanak-kanak dengan lebih baik lagi,” ujarnya.

Menurutnya, kanak-kanak dibimbing dan diasuh oleh PendidikMa­syarakatKE­MAS yang terlatih, berkemahir­an serta mereka yang memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Justeru katanya, ibu bapa disaran agar memilih tabika atau taska kelolaan KEMAS kerana telah diiktiraf sebagai jenama yang dipercayai oleh Reader’s Digest dalam bidang pendidikan awal kanakkanak di negara ini buat kali keempat.

Pencapaian itu katanya, sejajar dengan hasrat menjadikan tabika KEMAS sebagai pilihan utama ibu bapa dengan menyediaka­n pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti

serta melahirkan modal insan yang unggul.

Justeru kata Anisah, pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam memastikan pembanguna­n murid yang holistik mencakupi aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani dalam persekitar­an pembelajar­an yang kondusif dan interaktif.

“Pada peringkat ini, murid akan dibimbing dengan kemahiran keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif.

“Ia berasaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak,” ujarnya.

 ?? ?? DIDIKAN AWAL: Anisah turut meluangkan masa beramah mesra dengan kanak-kanak di taska dan tabika KEMAS sempena permulaan sesi persekolah­an.
DIDIKAN AWAL: Anisah turut meluangkan masa beramah mesra dengan kanak-kanak di taska dan tabika KEMAS sempena permulaan sesi persekolah­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia