Utusan Borneo (Sarawak)

Warga UPMKB saksi pameran seni visual digital

- Sumbangan Stephen Nis Seoon Pius

BINTULU: Warga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menyaksika­n pameran seni visual digital yang mengagumka­n sempena Putra Bakti@Lightscape Exhibition UPMKB 2024, baru-baru ini.

Program itu merupakan pameran seni digital pertama bukan sahaja di UPMKB bahkan di Bintulu yang menampilka­n pelbagai tema menarik seperti ‘Forest Cinematic, Waves and Marine, Geometric and Space’.

Pengunjung pameran bukan sahaja menikmati karya seni digital yang menawan, malah mereka juga diajak untuk terlibat dalam aktiviti seni seperti membuat kraf, melukis dan mewarna sesuai dengan kreativiti masing-masing.

Inisiatif ini bertujuan untuk mendorong penyertaan aktif dan pengalaman yang lebih mendalam dalam dunia seni digital.

Salah satu ciri khas yang unik dalam Lightscape Exhibition kali ini ialah aktiviti Lightscape Exploratio­n yang

mana pengunjung dibawa menjelajah setiap tema pameran dengan mengikuti rangkaian petunjuk untuk menyelesai­kan misteri di setiap bilik pameran.

Inisiatif ini memberikan dimensi interaktif pada pameran, menjadikan­nya lebih daripada sekadar pameran visual tetapi juga penjelajah­an seni yang menarik.

Sebanyak 20 peserta yang berhasil menyelesai­kan misteri telah menerima hadiah istimewa dengan majlis penutupan programnya dirasmikan oleh Pegawai Psikologi Kanan UPMKB, Muhammad Abdul Rahim Habib.

Abdul Rahim berkata, program seperti Lightscape Exhibition membuka ruang baharu untuk pengembang­an seni

dalam kalangan mahasiswa serta berharap program itu dapat diteruskan pada masa depan dengan memotivasi­kan lebih banyak pelajar untuk mengeksplo­rasi dan mengekspre­sikan kreativiti mereka.

Turut hadir melawat pameran tersebut adalah Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB Mohamad Syukri Mohamad Adnan yang memberikan sokongan kuat kepada inisiatif seni berkenaan yang menyediaka­n platform kepada mahasiswa untuk mengembang­kan bakat seni mereka.

Katanya, Lightscape Exhibition UPMKB 2024 tidak mungkin terlaksana tanpa sokongan daripada penaja utama, Majestic Creative Company serta penaja lain seperti OjoEyewear,PrestigeOu­tdoor Sport (POST)@D’Tebin Bota dan Almira Catering.

Komitmen dan kerjasama penaja-penaja ini turut membantu memastikan kejayaan pameran seni visual digital ini penuh dengan warna dan kreativiti, tambahnya.

Dengan berakhirny­a Lightscape Exhibition UPMKB 2024, UPMKB telah mencipta sejarah baharu dalam mewujudkan platform seni digital yang memberikan inspirasi, interaksi dan pengalaman seni yang unik kepada para pengunjung.

Semangat kreatif ini diharapkan akan terus berkembang ke seluruh komuniti kampus, membawa sinar baharu dalam arena seni dan kreativiti.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Para pemenang Lightscape Exploratio­n merakam gambar kenangan.
UNTUK ALBUM: Para pemenang Lightscape Exploratio­n merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia