Utusan Borneo (Sarawak)

Kekurangan guru Bahasa Iban di Sarawak isu signifikan

Gira menegaskan isu itu tidak boleh dianggap remeh dan memerlukan penyelesai­an secara holistik dan menyeluruh

- Oleh Andy Sabang ADUN Tamin

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang tidak bersetuju isu kekurangan guru Bahasa Iban di Sarawak yang disifatkan sebagai tidak signifikan.

Beliau dalam satu kenyataan semalam, menegaskan isu itu tidak boleh dianggap remeh dan memerlukan penyelesai­an secara holistik dan menyeluruh.

Gira turut mempersoal­kan keputusan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Pendidikan

Guru Malaysia (IPGM) yang tidak menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Iban bagi tahun 2022 dan 2023, khususnya untuk mengajar di sekolah rendah di Sarawak.

Katanya, data jumlah sekolah rendah yang mengambil kelas Bahasa Iban adalah sebanyak 693 buah daripada 1,264 sekolah rendah di Sarawak, manakala bilangan kelas mengambil Bahasa Iban di sekolah rendah adalah sebanyak 5,139 kelas.

Bilangan murid atau pelajar yang mengambil kelas Bahasa

Iban di sekolah rendah ialah 67,308 orang, manakala guru yang mengajar Bahasa Iban di sekolah rendah ialah seramai 2,662 orang.

“Isunya, daripada 2,662 orang guru ini, hanya 352 guru yang telah dilatih dan mempunyai opsyen mengajar Bahasa Iban di sekolah rendah (iaitu guru-guru yang ada mengikuti program PISMP atau kursus lain yang berkaitan).

“Ini bererti 2,310 orang guru yang mengajar Bahasa Iban sekarang adalah bukan opsyen untuk mengajar mata pelajaran tersebut,” ujar beliau.

Tambahnya, data juga menunjukka­n hanya 352 dari 2,662 guru Bahasa Iban yang dilatih untuk mengajar berbanding 2,310 guru yang tidak memiliki opsyen untuk mata pelajaran tersebut.

Gira menekan pentingnya mengisi kekosongan jawatan guru Bahasa Iban dengan individu terlatih, demi memastikan mutu pengajaran yang lebih baik dalam mata pelajaran berkenaan.

Selain itu, Gira mendakwa beliau pernah menyentuh isu serupa di peringkat sekolah menengah, di mana hanya 79 daripada 502 guru yang mengajar Bahasa Iban mempunyai opsyen dalam bidang tersebut dan ini bermakna, seramai 423 guru Bahasa Iban adalah tidak dilatih.

Justeru, beliau menyeru agar pengambila­n guru ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipertimba­ngkan untuk menangani kekurangan guru Bahasa Iban.

Beliau menegaskan Bahasa Iban adalah aset budaya dan bahasa yang perlu diberi keutamaan oleh KPM.

“Bahasa Iban bukan hanya sebagai bahasa etnik, tetapi sebagai bahasa yang dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

“Bahasa Iban bukan hanya sebagai bahasa etnik, tetapi sebagai bahasa yang ” dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia. Christophe­r Gira Sambang

 ?? ?? GIRA
GIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia