Utusan Borneo (Sarawak)

Pengorbana­n, jasa wanita perlu dihargai: Ding

Wanita merupakan tunjung sesebuah keluarga, sentiasa berkorban apa sahaja demi keluarga tercinta

- Oleh Kepu Sidi ADUN Meradong

BINTANGOR: Pengorbana­n dan jasa insan yang bergelar wanita perlu dihargai dan disanjung mulia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya,wanitaberp­eranan penting dalam pembanguna­n dan pembentuka­n sesebuah keluarga.

“Pengorbana­n dan jasa seorang wanita haruslah dihargai dan disayangi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan agama kerana tanpa mereka terdapat banyak perkara tidak dapat dilakukan.

“Wanita merupakan tunjung sesebuah keluarga dan sentiasa berkorban apa sahaja demi keluarga yang tercinta.

“Oleh yang demikian, kita amat berharap semua peringkat masyarakat menghargai jasa golongan ini dan saling memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik kepada golongan ini agar mereka berasa sentiasa dihargai,” kata Ding.

Beliau berkata demikian pada Program Sambutan Hari Wanita 2024 di Meradong, kelmarin.

Padasambut­anserbarin­gkas itu Ding telah mengagihka­n 300 kuntum bunga kepada wanita di sekitar pekan ini.

Menurut Ding, dewasa kini, peranan wanita adalah sama dengan kaum lelaki.

“Jika kita melihat pada masa kini, wanita telah memberidan

Pengorbana­n dan jasa seorang wanita haruslah dihargai dan disayangi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan agama kerana tanpa mereka terdapat banyak perkara tidak dapat dilakukan.

Datuk Ding Kuong Hiing

kan sumbangan yang amat besar kepada pembanguna­n sesebuah negara.

“Golongan wanita telah menjawat pelbagai jawatan yang sama dengan kaum lelaki tiada lagi yang mustahil bagi golongan ini untuk dilakukan.

“Justeru, kita berharap golongan ini dapat terus maju ke hadapan dan mencapai kejayaan demi kejayaan umntuk dibanggaka­n bersama dengan keluarga, masyarakat dan juga diri sendiri amnya,” kata Ding.

Hadir sama Ketua Wanita Parti SUPP Cawangan Bintangor Chieng Ming Kiong, Timbalan Ketua Wanita Parti SUPP Cawangan Bintangor Sia Sung Moi dan Bendahari Wanita Parti SUPP Cawangan Bintangor Wong Mee Yieng.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Ding menyerahka­n kuntuman bunga kepada wanita di pekan Bintangor sempena Program Sambutan Hari Wanita 2024 di Meradong, kelmarin.
PENGHARGAA­N: Ding menyerahka­n kuntuman bunga kepada wanita di pekan Bintangor sempena Program Sambutan Hari Wanita 2024 di Meradong, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia