Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis, Huawei Malaysia jalin kerjasama tingkatkan penerimagu­naan 5G-Advance

-

Penyedia telekomuni­kasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis) mengadakan kerjasama dengan Huawei Technologi­es Sdn Bhd (Huawei Malaysia) bagi meningkatk­an penerimagu­naan 5G-Advance (5.5G) di negara ini.

Kerjasama tersebut dimeterai selepas menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di Mobile World Congress 2024, Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Maxis dalam kenyataan memberitah­u, pihaknya bersama-sama Huawei akan bekerja dengan penyediape­nyedia penyelesai­an untuk mendorong aplikasi dan inovasi ekosistem 5.5G.

“Kedua-dua syarikat ini akan meneroka inisiatif bagi menggalakk­an penggunaan serta pemindahan ke 5.5G.

“Maxis dan Huawei akan turut akan turut menampilka­n kelebihan 5.5G hujung ke hujung melalui percubaan dan pengujian teknologi, termasuk kebolehses­uaian, keselamata­n dan keteguhan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pada masa yang sama, kedua-dua syarikat akan memanfaatk­an cerapan rangkaian 5.5G untuk mengenal pasti peluang-peluang dalam penyelesai­an dan pengoptimu­man bisnes dibolehkan oleh 5G dan 5.5G.

“Usaha ini khas para pengguna serta perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” ujarnya.

Ini juga termasuk peluang untuk penggunaan teknologit­eknologi utama berkenaan dengan operasi digital, penghirisa­n rangkaian dan kemampuan network yang diprogram.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng berkata, sebagai penyedia penyelesai­an bersepadu terkemuka di Malaysia, Maxis mengalu-alukan peluang membangunk­an penyelesai­an yang memberi impak yang bermakna dengan memanfaatk­an teknologi 5.5G.

“Ini termasuk peningkata­n dalam kelajuan, kapasiti sambungan besar-besaran dan penambahba­ikan dalam kependaman yang ditawarkan oleh 5.5G.

“Usaha itu sekali gus menyediaka­n penyelesai­an yang membawa faedah dan pengalaman pelanggan yang lebih baik,” kata Goh.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun berkata, Huawei teruja untuk bekerjasam­a dengan pihak Maxis untuk memperluas­kan peluang komersial 5.5G.

“Kerjasama ini akan memastikan Malaysia dikenali di persada global sebagai peneraju infrastruk­tur digital serantau.

“Kerjasama ini turut membuktika­n bahawa kemudahan digital dan persekitar­an kondusif Malaysia adalah antara yang terbaik untuk menarik dan mengekalka­n minat pelabur asing,” ujarnya.

Sebagai peserta ekosistem utama, Maxis dan Huawei juga akan mengkaji evolusi spektrum dan teknologi masa depan berkenaan 5.5G dan memberi cadangan sejajar dengan kes bisnes dan kesediaan ekosistem.

Langkah ini akan diselarask­an dengan polisi Kerajaan Malaysia agar dapat memupuk perkembang­an 5.5G di dalam negara.

MoU antara Maxis dan Huawei ini ialah hasil daripada kerjasama berkait teknologi antara kedua-dua syarikat sebelum ini.

 ?? ?? KERJASAMA: Fahmi (tengah) merakam kenangan bersama Goh (kiri) dan Simon yang menunjukka­n fail MoU ketika majlis tersebut yang diadakan di Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2024 di Barcelona, Sepanyol.
KERJASAMA: Fahmi (tengah) merakam kenangan bersama Goh (kiri) dan Simon yang menunjukka­n fail MoU ketika majlis tersebut yang diadakan di Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2024 di Barcelona, Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia