Utusan Borneo (Sarawak)

MVA anjur lebih 20 aktiviti sepanjang tahun lalu: Ling

- MIRI:PersatuanB­olaTampar

Miri (MVA) sentiasa aktif dan memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan lebih daripada 20 aktiviti pada tahun lalu.

Presiden Alan Ling kagum dengankepi­mpinanPeng­erusi Voon Kai Foo serta ahli-ahli jawatankua­sa memastikan kejayaan penganjura­n aktiviti yang dirancangk­an.

“Semua aktiviti yang dikendalik­an telah membawa impak yang positif kepada pembanguna­n bola tampar khususnya di bahagian Miri,” jelas Ling merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan baru-baru ini.

Beliau memberitah­u, persatuan akan meraikan ulang tahun penubuhan yang ke-55 tahun pada tahun ini.

Sehubungan itu, satu jawatankua­sa pengelola akan ditubuhkan untuk menganjurk­an majlis makan malam yang dijangka akan diadakan pada hujung tahun ini.

Justeru, beliau mahu MVA akan terus cemerlang di bawah pimpinan Voon yang sememangny­a amat bersungguh­sungguh untuk memajukan danmeningk­atkankedud­ukan sukan bola tampar di sini.

Ling yang juga Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) juga berharap agar lebih ramai pemain-pemain bola tampar dari bahagian Miri yang dapat dijadikan pelapis dan pemain kebangsaan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, AGM telah meluluskan minit mesyuarat tahun 2023 laporan kewangan dan membincang­kan rancangan pada tahun ini.

Ling menyeru orang ramai khususnya badan korporat untuk terus memberikan sumbangan kepada MVA dalam usaha menjayakan aktiviti serta program tahunan yang dirancang seperti perbelanja­an latihan para pemain, penghantar­an pemain ke kejohanan peringkat daerah dan negeri serta penganjura­n kursus pengadil dan sebagainya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Miri Volley Ball Associatio­n (0270009162­3 – Hong Leong Bank).

 ?? ?? KENANGAN BERSAMA: Ling (duduk tengah), Voon (lima kiri) bersama Pengerusi Kehormat Soo Puong Chii (empat kanan), Penasihat Perundanga­n Lawrence Low (lima kanan) dan jawatankua­sa MVA.
KENANGAN BERSAMA: Ling (duduk tengah), Voon (lima kiri) bersama Pengerusi Kehormat Soo Puong Chii (empat kanan), Penasihat Perundanga­n Lawrence Low (lima kanan) dan jawatankua­sa MVA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia