Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dan Brunei bincang keperluan bina ICQ di Kampung Pendam-Lumapas

-

Kerajaan persekutua­n mengadakan rundingan dengan kerajaan Brunei untuk melihat keperluan membina sebuah Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) baharu berhampira­n Kampung Pendam di sini dan Lumapas, Brunei.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n WilayahDat­uk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, cadanganpe­mbinaan ICQ itu sudah dibincangk­an dua negara sejak dahulu lagi bagi memudahkan perhubunga­n dan laluan rakyat kedua-dua negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, apabila kemudahan pos imigresen baharu dibina, ia dapat memendekka­n perjalanan antara dua negara yang mengambil masa kira-kira 15 minit, berbanding lebih 45 minit jika melalui sempadan Tedungan.

“Ada usaha kerajaan untuk membuka satu lagi ICQ di Pendam, Limbang dan Lumapas di Brunei.

“Ini adalah rundingan antara kerajaan pusat dengan kerajaan Brunei dan jika dibuka, ia hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dari bandar Limbang ke ICQ Pendam dan dari Lumapas ke Brunei hanya 15 minit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Bazar Ramadan Limbang di Kawasan Letak Kereta Lot 777 Limbang di sini, pada Selasa.

Hadir sama Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat.

Kata Dr Abdul Rahman lagi, projek lain yang turut dibincang untuk dilaksanak­an termasuk pembinaan kompleks pejabat Majlis Daerah Limbang (MDL)

baharu bernilai RM40 juta.

Beliau menambah 2030 akan menyaksika­n projekproj­ek pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan di Limbang siap sepenuhnya termasuk rangkaian jalan raya, projek Tebingan Sungai Limbang dan aktiviti

perindustr­ian turut rancak dan berkembang maju.

Katanya, ia termasuk projek Lebuh Raya Trans Borneo, Jalan Penghubung Sabah dan Sarawak (SSLR), Lebuh Raya Pesisir Utara, Jambatan Sungai Limbang yang dijangka siap menjelang

2030.

Jelasnya, kerajaan negeri dan persekutua­n sedang giat melaksana pelbagai inisiatif untuk membina rangkaian jalan raya menyeluruh menghubung­kan Limbang dengan bahagian lain di Sarawak.

 ?? ?? TERIMALAH: Dr Abdul Rahman (dua kiri) ditemani Sufian (kiri) menyerahka­n beg makanan kepada peniaga Bazar Ramadan Limbang.
TERIMALAH: Dr Abdul Rahman (dua kiri) ditemani Sufian (kiri) menyerahka­n beg makanan kepada peniaga Bazar Ramadan Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia