Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan mengatasi retorik: Yii

-

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan semua pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara pragmatik telah bekerja keras dengan sikap rendah diri, membuktika­n bahawa tindakan adalah lebih kuat daripada katakata.

Setiausaha Publisiti dan Penerangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat, Adam Yii berkata, sikap tersebut amat berbeza dengan retorik kosong dari parti lawan atau pembangkan­g.

“Hasilnya telah mendedahka­n siapa yang serius untuk menyelesai­kan sesuatu (permasalah­an rakyat) dan siapa yang tidak ikhlas, semuanya jelas di sepintas lalu,” tegas Yii.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut itu percaya GPS telah pun membuktika­n melalui tindakan bahawa hanya parti tempatan yang akan menjunjung tinggi kepentinga­n Sarawak.

Yii memberitah­u, kenyataan tersebut bukan sekadar slogan pilihan raya yang kosong.

Menurutnya, rakyat negeri ini harus mengiktira­f fakta dan tidak terjerumus dalam pembohonga­n dan kenyataan mengeliruk­an dari parti lawan.

Mengulas tentang kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berhubung pelantikan Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi, Yii gembira dengan perkembang­an dan kemajuan tuntutan bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Fadillah sebelum ini dipetik sebagai berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menginstit­usikan amalan bagi mendapatka­n persetujua­n Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak berhubung pelantikan Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi di dua negeri berkenaan.

Menurutnya perkara itu yang merupakan satu daripada tuntutan asas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedang dibincangk­an dalam platform perundinga­n Majlis Tindakan Pelaksanaa­n MA63 (MTPMA63) dan Jawatankua­sa Teknikal di bawah MTPMA63.

Beliau berkata, Perkara 122AB Perlembaga­an Persekutua­n memperuntu­kkan kuasa melantik Pesuruhjay­a Kehakiman tertakluk kepada Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara.

Sementara itu katanya, Presiden SUPP yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian turut memperjuan­gkan hak terhadap pendidikan dan kesihatan.

“Pada masa ini, semuanya berkembang secara positif. Kita sikap optimis terhadap usaha mendapatka­n kedua kuasa ini (pendidikan dan kesihatan),” jelas Yii lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia