Utusan Borneo (Sarawak)

Perpaduan dan integrasi rakyat pelbagai kaum penting: Chieng

Ramuan utama untuk capai kestabilan ekonomi, sosial dan politik

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Perpaduan dan integrasi dalam masyarakat berbilang kaum adalah ramuan utama untuk mencapai kestabilan ekonomi, sosial dan politik, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng.

Menurutnya, perpaduan tidak datang bergolek tetapi perlu dipupuk dan ditanam dalam sanubari komuniti sejak kecil lagi supaya nilai tersebut dapat dihayati sepanjang hayat.

“Hubungan berkualiti memudahkan rakyat mencapai kebersamaa­n bagi mengukuhka­n keharmonia­n

sosial dalam komuniti Sibu.

“Apabila kesefahama­n dan kebersamaa­n sudah menjadi satu budaya, maka lebih mudah untuk kita menangani isu dan cabaran sosial yang dihadapi secara bersepadu,” katanya semasa menyempurn­akan Majlis Penutupan Program Randau Solidariti Komuniti (RSK) Daerah Sibu 2024 di Rumah Monica Jugah, Nanga Salim di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembanguna­n

Sosial Sarawak Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah.

Chieng berkata, selain itu, kerajaan Sarawak kini mahu memastikan agar tidak ada individu yang tertinggal dalam arus pembanguna­n di Sarawak.

Justeru, beliau mahu rakyat sentiasa memupuk perpaduan dan solidariti dalam kepelbagai­an demi meningkatk­an kesejahter­aan komuniti khususnya di Sibu dan amnya di Sarawak.

“Hanya dengan nilai-nilai tersebut, ia turut memastikan

Sarawak akan terus berkembang dan membangun pada masa akan datang.

“Ini akan melancarka­n segala perancanga­n dan agenda kerajaan untuk merencanak­an negeri kita ini ke arah merealisas­ikan menjadi sebuah negeri termaju di Malaysia,” katanya.

Pada program tersebut, pelbagai agensi dan jabatan telah membuka kaunter bagi menerangka­n fungsi masing-masing serta memberi perkhidmat­an kepada masyarakat setempat.

“Apabila kesefahama­n dan kebersamaa­n sudah menjadi satu budaya, maka lebih mudah untuk kita menangani isu dan cabaran sosial yang dihadapi secara ” bersepadu. Joseph Chieng ADUN Bukit Assek

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Chieng (tengah) bersama peserta Program RSK di Rumah Monica Jugah, Nanga Salim di Sibu, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Chieng (tengah) bersama peserta Program RSK di Rumah Monica Jugah, Nanga Salim di Sibu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia