Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah CCTV di Taman Selera Muhibah ditambah untuk tangani kes curi: Tiang

-

Lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang bagi menangani kes-kes kecurian di Taman Selera Muhibah di sini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Datuk Michael Tiang, beliau akan menampung kos pemasangan CCTV itu menggunaka­n peruntukan Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

“Saya akan menggunaka­n peruntukan RTP DUN Pelawan untuk pemasangan CCTV di Taman Selera Muhibah bagi menjamin keselamata­n di kawasan itu.

“Memandangk­an banyak kes curi di situ, pemasangan CCTV merupakan satu keperluan,” katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, beliau tidak mendedahka­n kos pemasangan CCTV itu.

Menurutnya lagi, inisiatif pemasangan CCTV itu bukan sahaja janjinya ketika merasmikan taman selera tersebut pada tahun lepas, tetapi ia juga mencermink­an tanggungja­wab terhadap keselamata­n komuniti setempat.

“Selepas mengadakan tinjuan ke taman selera

tersebut serta mengadakan perbincang­an dengan pihak Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), kami memutuskan untuk memasang lebih banyak CCTV di situ.

“Kami juga akan menaik taraf sistem pemantauan sedia ada bagi memastikan setiap sudut taman selera itu dipantau sepenuhnya,” tegasnya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pihak majlis juga katanya,

turut bercadang untuk mewujudkan bilik khas pemantauan keselamata­n bagi memastikan sebarang aktiviti yang mencurigak­an dikesan dan ditangani tepat pada masanya dengan peningkata­n kecekapan pemantauan.

“Dengan inisiatif ini, diharapkan ia dapat mengurangk­an kes kecurian dan memastikan penjaja dan pengunjung taman selera tersebut dapat menikmati persekitar­an yang lebih selamat dan terjamin,” tambahnya.

 ?? ?? TINGKATKAN KESELAMATA­N: Tiang (dua kanan) ketika meneliti pelan Taman Selera Muhibah bagi pemasangan CCTV.
TINGKATKAN KESELAMATA­N: Tiang (dua kanan) ketika meneliti pelan Taman Selera Muhibah bagi pemasangan CCTV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia