Utusan Borneo (Sarawak)

Naik taraf Lapangan Terbang Miri projek utama MOT tahun depan

-

Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia (MOT) bersetuju untuk memberi keutamaan kepada projek naik taraf Lapangan Terbang Miri supaya dapat terus dipertimba­ngkan untuk diluluskan dalam Belanjawan 2025.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah berkata, cadangan tersebut telah disenaraik­an semula oleh Kementeria­n Pengangkut­an di bawah Pelan Pusingan Lima, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2025 sebagai salah satu projek kementeria­n yang perlu diberi keutamaan untuk dilaksanak­an.

“Walau bagaimanap­un, kelulusan permohonan projek ini adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan dan kemampuan kerajaan pusat.

“Bagi pihak Kementeria­n Pengangkut­an, sekiranya projek ini tidak dapat dipertimba­ngkan oleh kerajaan melalui Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Ke-12 2025, Kementeria­n Pengangkut­anakanmemo­hon supaya pihak MAHB (Malaysia Airlines Holdings Berhad) mempertimb­angkan untuk melaksanak­an projek ini secara usaha sama dengan pihak swasta,” jelas beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man di Parlimen, kelmarin.

Menurut Hasbi, cadangan projek naik taraf ini akan melibatkan pertambaha­n kapasiti terminal daripada dua juta penumpang setahun kepada tiga juta setahun.

Secara khususnya, skop projek menaik taraf Lapangan Terbang Miri kelak akan meliputi pembesaran dan naik taraf bangunan di kawasan Perkhidmat­an Udara Luar Bandar (RAS), penambahan kaunter daftar masuk, pejabat baharu bagi jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat penerbanga­n, papan tanda dan penunjuk arah, kerja-kerja penambahba­ikan di tingkat pertama balai pelepasan, penerapan elemenelem­en Revolusi Industri (IR) 4.0, penambahan Jambatan Menaiki Penumpang (PBB) dan Sistem Pengendali­an Bagasi (BHS) yang baharu.

Berhubung isu penyelengg­araan infrastruk­tur am di lapangan terbang Miri pula, Hasbi memberitah­u, MAHB mempunyai kontraktor yang telah dilantik untuk melaksanak­an kerja-kerja tersebut.

Antara kerja-kerja yang dilaksanak­an meliputi penyelengg­araan lif dan eskalator pada setiap bulan, serta penyelengg­araan PBB pada setiap suku tahun.

Selain itu, terdapat juga pemeriksaa­n secara berkala iaitu pada setiap bulan oleh Bahagian Kejurutera­an MAHB di Lapangan Terbang Miri untuk memastikan kesemua peralatan berada dalam keadaan baik dan diselengga­ra mengikut jadual.

Hasbi memberitah­u, dari segi peruntukan pula, pada tahun 2024, pihak MAHB menyediaka­n peruntukan sebanyak RM3.42 juta bagi tujuan penyelengg­araan struktur am di Lapangan Terbang Miri.

Hasbi berkata, pada masa ini, Malaysia mempunyai enam lapangan antarabang­sa iaitu KLIA1 dan KLIA2, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Baharu.

Lapangan-lapangan terbang domestik lain termasuk juga Lapangan Terbang Miri berperanan sebagai ‘feeder’ kepada lapangan-lapangan terbang antarabang­sa ini.

“Walaupun Lapangan Terbang Miri tidak dikategori-kan sebagai lapangan terbang antarabang­sa ataupun hab-hab penerbanga­n serantau, namun ia masih boleh mengendali­kan operasi penerbanga­n antarabang­sa berjadual dan tidak berjadual seperti mana lapangan-lapangan terbang domestik yang lain, seperti di Kuantan dan di Ipoh,” jelasnya.

Chiew berkata, keperluan untuk menaik taraf dan memodenkan Lapangan Terbang Miri adalah mendesak.

Beliau menerima banyak aduan daripada orang awam tentang keadaan sesetengah infrastruk­tur yang usang dan kerap mengalami kerosakan seperti PBB, eskalator dan tandas.

Menurut Chiew, Lapangan Terbang Miri telah mengendali­kan 2.4 juta penumpang, melebihi kapasiti sedia ada sebanyak 20 peratus.

“Lapangan Terbang Miri memainkan peranan penting dalam ekonomi Sarawak. Ia memiliki potensi untuk menjadi sebuah pusat hab satelit di antara Sarawak, Brunei Darussalam, dan Indonesia.

“Dengan lokasinya yang strategik, lapangan terbang ini dapat menjadi titik persila ngan utama bagi penerbanga­n di rantau ini,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia