Utusan Borneo (Sarawak)

Putra Uptown 3.0 dapat sambutan meriah

- Sumbangan Zulina Farha Selamat Fawzi

Putra Uptown 3.0 yang menempatka­n tapak jualan pelbagai barangan mendapat sambutan yang meriah dengan dihadiri ramai pengunjung di pekarangan Pusat Islam Universiti Putra Malasyia Kampus Bintulu (UPMKB), baru-baru ini.

Program itu merupakan sebahagian Kursus Kokurikulu­m Berkredit QKH2104 (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2024/2025 dan lanjutan daripada kejayaan program sama 2.0.

Program ini telah menjadi platform bagi masyarakat UPMKB dan sekitarnya untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawan­an.

Fasilitato­r QKH2104 Usahawan Siswa Kumpulan 1 Dr Sharon Ong Yong Yee berkata, Putra Uptown 3.0 ini merupakan platform bagi merangsang semangat keusahawan­an dalam kalangan komuniti.

“Tujuan penganjura­n program ini adalah untuk meningkatk­an kemahiran insaniah pelajar dan menggalakk­an penglibata­n komuniti, sekali gus memupuk kesedaran betapa pentingnya keberanian memulakan perniagaan sebagai landasan pembanguna­n ekonomi negara,” katanya.

Program ini turut menarik minat penyertaan pelajar Diploma Pembanguna­n Manusia yang mengambil kursus FEM2204 Pembanguna­n Keusahawan­an dengan harapan akan memperluas impak dan manfaat keusahawan­an.

Pengarah programnya, Amira Nazira Abdullah berkata penganjura­n program ini merupakan pengalaman yang sangat berharga buatnya dan ahli jawatankua­sa terlibat memandangk­an setiap langkah proses daripada perancanga­n hingga pelaksanaa­n membuka peluang untuk pembelajar­an dan pertumbuha­n.

Katanya, mereka berpeluang untuk bekerjasam­a dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan, mendengar perspektif dan idea dari sudut yang berbeza dan mengatasi cabaran yang tidak dijangka.

“Pengalaman ini mengajar kami bukan sahaja tentang keusahawan­an tetapi juga kepentinga­n kerjasama, komunikasi dan komuniti berharga untuk dimanfaatk­an,” katanya.

Selain tapak jualan, Bengkel Dekorasi Kek dikendalik­an oleh Quratula’in Bohari dan Nur Laila Wani Raini daripada Yummy Delicious Bakery turut diadakan.

Dalam pada itu, Dr Sharon Ong Yong Yee turut berkongsi berkenaan strategi ‘sensori (deria) dan ujian organolept­ik (rasa, bau, warna penampilan)’ untuk kejayaan pasaran kek.

Pertanding­an dekorasi kek juga diadakan dengan menampilka­n bakat dan kreativiti peserta menyaksika­n pelajar UPMKB, Nur Aina Mardhiyah Romainoor muncul johan apabila karyanya berhasil menarik perhatian juri dengan keunikan dekorasiny­a.

 ?? ?? TERUJA: Para pelajar UPMKB yang terlibat sama dengan jualan pada program tersebut.
TERUJA: Para pelajar UPMKB yang terlibat sama dengan jualan pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia