Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Skills diharap lahir modal insan berkemahir­an tinggi: Sagah

-

Sarawak Skills diharap dapat melahirkan modal insan yang berkemahir­an tinggi selari dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk meningkatk­an pendapatan rakyat mencapai negeri maju menjelang tahun 2030.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak (MEITD) Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat merebut segala peluang yang disediakan bagi meningkatk­an pendapatan dan ekonomi menggunaka­n teknologi digital.

Menurutnya, menerusi pembinaan Sarawak Skills sekarang diharap dapat menyasarka­n 20 peratus graduan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) untuk menceburi bidang Pendidikan dan

Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam Strategi Pembanguna­n PascaCOVID-19 (PCDS) 2030.

“Pada masa sekarang cabaran pekerjaan semakin dinamik dan oleh itu untuk berdaya saing dan kekal relevan, Sarawak Skills perlu juga memberi keutamaan kepada pendidikan yang responsif terhadap ekonomi berasaskan kemahiran dan pengetahua­n,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan cawangan baharu Sarawak Skills dan Majlis Penutupan Program Pembanguna­n Pemacu Komuniti di Kampus Sarawak Skills Cawangan Sri Aman, kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berharap Sarawak Skills Cawangan

Sri Aman dapat membantu komuniti setempat, belia, lepasan sekolah yang tinggal di sekitar bahagian ini untuk meningkatk­an tahap kemahiran.

“Jika peluang di dalam Sarawak Skills ini diceburi oleh anak-anak muda, lepasan sekolah dan belia, kemahiran tinggi dapat dinikmati dan ia secara tidak langsung akan mengubah serta meningkatk­an taraf kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik dan mampan,” jelas beliau.

Pengarah Eksekutif Sarawak Skills merangkap Gabungan Pusat Pembanguna­n Kemahiran Malaysia (FMSDC) Hallman Sabri pula menjelaska­n, pada masa sekarang 80 peserta menyertai tiga kursus jangka pendek.

Jelasnya, ini meliputi 40 peserta Kursus Asas Penanaman secara ‘Nutrient

Film Technique’ (NFT) Hidroponik, 20 peserta Kursus Asas Pembuatan Roti Bun dan Pastri, manakala 20 lagi menyertai Kursus Asas Jahitan Selampai Buriek.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri

(ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, Pengerusi Sri Aman Developmen­t Agency (SADA) Sri Aman Datuk Seri Rohani Abdul Karim Karim, Setiausaha Tetap MEITD Datuk Azmi Bujang serta yang lain.

 ?? ?? KEMUDAHAN: Sagah (dua kiri) diiringi Francis (kanan), Dayang Noorazah (tengah) serta yang lain semasa meninjau Kampus Sarawak Skills Cawangan Sri Aman semasa majlis pembukaann­ya kelmarin.
KEMUDAHAN: Sagah (dua kiri) diiringi Francis (kanan), Dayang Noorazah (tengah) serta yang lain semasa meninjau Kampus Sarawak Skills Cawangan Sri Aman semasa majlis pembukaann­ya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia