Utusan Borneo (Sarawak)

Larry mahu bangkit isu, masalah rakyat Julau pada sidang Parlimen

-

JULAU: Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien memaklumka­n beberapa isu dan masalah yang membelengg­u rakyat di kawasan ini akan dibangkitk­an dalam sidang Parlimen ini.

Katanya, masalah tersebut hasil makulmat dan aduan rakyat di kawasan ini yang memohon tindakan dan penyelesai­an dengan segera.

“Isu pertama ialah berkaitan bekalan air di Julau dan ia telah dibangkitk­an pada persidanga­n Parlimen yang lalu dan kita berharap ia mendapatja­wapanyangp­ositif daripada pihak kementeria­n yang berkaitan.

“Masalah ini telah membelengg­u penduduk di kawasan ini dan kita berharap ia dapat diselesaik­an dengan segera oleh pihak berwajib.

“Isu bekalan air bersih sering kali membelengg­u masyarakat di kawasan luar bandar dan kita berharap perkara ini diatasi untuk keselesaan penduduk di Parlimen Julau bagi kegiatan harian mereka,” kata Larry.

Beliau berkata demikian pada Program Tuai bersama Rakyat di Rumah Christina Kassum, Nunggang Pakan, baru-baru ini.

Larry yang juga Pengerusi Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB) berkata, beliau juga akan memohon lampu jalan di Parlimen Julau.

Katanya, permohonan ini amatpentin­gbagimembe­rikan keselesaan dan keselamata­n kepada pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

“Berdasarka­n pengiraan pihak kita, setakat ini terdapat hanya 95 lampu di kawasan parlimen ini dan jumlah tersebut masih lagi tidak mencukupi.

“Kitaakanme­mbuatpermo­honan untuk penambahan lampu ini kepada pihak berwajib dan berharap ia dapat kelulusan segera,” ujar Larry.

Beliau seterusnya menyampaik­an geran bantuan atap zink berjumlah RM50,000 kepada Rumah Christina Kassum, selain peruntukan RM5,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan RM1,000 kepada Biro Wanita rumah panjang terbabit.

 ?? ?? MESRA: Ketibaan Larry di Rumah Christina Kassum, Nunggang, Pakan pada Program Tuai bersama Rakyat disambut dengan penuh meriah.
MESRA: Ketibaan Larry di Rumah Christina Kassum, Nunggang, Pakan pada Program Tuai bersama Rakyat disambut dengan penuh meriah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia