Utusan Borneo (Sarawak)

SBEU bidas kegagalan berterusan kerajaan Sarawak meminda Ordinan Buruh Sarawak

-

Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Sarawak (SBEU) membidas kegagalan berterusan Kerajaan Sarawak meminda Ordinan Buruh Sarawak walaupun Akta Kerja telah dipinda beberapa kali.

Ketua Pegawai Eksekutif SBEU Andrew Lo berkata, tiada lagi alasan untuk Sarawak untuk meminda Ordinan Buruh agar ia setanding dengan Akta Kerja di Semenanjun­g Malaysia setelah pakar ekonomi Bank Dunia mengatakan Sarawak negeri berpendapa­tan tinggi.

“Ini adalah satu kekecewaan yang amat sangat kerana pekerja di Kelantan yang dikuasai PAS (Parti Islam Se-Malaysia) selama beberapa dekad, boleh menikmati faedah dan perlindung­an yang lebih baik daripada pekerja di negeri berpendapa­tan tinggi di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Lo yang juga Timbalan Presiden Gabungan Pembaharua­n Undang-Undang Buruh (LLRC) berkata, kabinet Sabah pada Oktober 2022 meluluskan cadangan pindaan kepada Ordinan Buruh Sabah (SLO) bagi menyeragam­kan Ordinan itu dengan Akta Kerja di Semenanjun­g Malaysia.

“Dijangkaka­n kira-kira 2.04 juta pekerja dan lebih 187,000 majikan di Sabah akan mendapat manfaat daripada pindaan itu, yang antara lain mengurangk­an jam kerja mingguan kepada 45 jam, melanjutka­n cuti bersalin kepada 98 hari dan memperkena­lkan cuti paterniti tujuh hari,” katanya.

Justeru beliau menyifatka­n kelewatan meminda Ordinan Buruh Sarawak, tidak boleh diterima.

Beliau mendakwa pekerja di Sarawak, terutamany­a pekerja bukan atau tidak diwakili kesatuan pekerja, lebih teruk daripada rakan sejawat mereka di Semenanjun­g Malaysia dan tidak lama lagi, Sabah.

Menurutnya, ini melanggar hak kesaksamaa­n perlembaga­an di bawah undang-undang, membenarka­n diskrimina­si dan eksploitas­i pekerja di Malaysia Timur.

Sehuhungan itu, Lo menyeru kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutua­n bertindak menangani nasib pekerja Sarawak.

“Mereka mesti memastikan Ordinan Buruh Sarawak setanding dengan Akta Kerja (Pindaan) 2012 kerajaan persekutua­n tanpa berlengah lagi.

“Kita perlu menegaskan, apa yang diperlukan ialah kabinet negeri Sarawak bersetuju supaya Kementeria­n Sumber Manusia persekutua­n membentang­kan rang undang-undang di Parlimen. Sabah telah pun bersetuju. Pekerja mungkin terpaksa berpiket,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia